Aku ingatkan kpop ni anak-anak muda saja yang minat, tak sangka orang sebaya dengan umur aku pun ada yang minat. Ramailah yang tengah beli barangan kpop kat kedai ini masa aku pergi. Kemain menyegihlah anak dara aku, dapat juga cari barang kpop yang dia aim. Sanggup simpan lama duit yang dia dapat dari tokma semata nak beli koleksi kpop.
Kakak ni minat kumpulan wanna one. Ada 11 orang ahli, siap tahu nama setiap orang. Dari mula produce 101 hingga wujudnya kumpulan wanna one. Eh, aku tahu sebab kakak yang bagitahu. Drama Korea ke, siaran masakan Korea ke…memang dia layan juga..sampaikan aku sendiri pun ada berjangkit nak tengok. Yang mana ceritanya bestlah.
Kedai Barangan KPOP MStar
Kawannya bagitahu kedai ni dah tutup. Bila google masih ada lagi di Berjaya Times Square. Dah alang-alang kat sana, pergi juga cari..nanti merajuk panjanglah si kakak kalau tak bawa pergi. Elok keluar dari lift terus nampak signboard My Star.
Kakak nak beli backpack yang ada tulisan Wanna One / Wanna 1 yang tergantung tu. Mula itu nak jenis yang galaxy ke apa entah..yang corak-corak macam galaksi tu…tapi tak ada stock kumpulan yang dia minat.. Ada yang satu jenis lagi warna hitam ada tulisan Wanna 1, harga pula mahal. Sudahnya beli pensel box dengan gelang getah.
Memang dalam kedai ni ada banyak koleksi kpop dari pelbagai kumpulan dan artis. Nak botol air, sticker, kipas, hp cover, album, keychain semua ada lah.. untuk perbandingan harga, pandai-pandailah bandingkan dengan online… ada harga online lagi murah.
Tak boleh ambil gambar dalam kedai yea. so, tak dapat nak tunjuk setiap barang. Dari luar jerlah dapat aku ambil. Mata pekerja akan melilau tengok orang-orang yang pegang handphone ni. Yang bayar adalah kakak sebab pakai duit kakak. Setel bayar, terus berjalan nak cari makan.. hinggalah nyaris nak turun ke bawah…sekali kakak cakap “mama..harga ni patut RM12.90..tapi kat sini RM15.90”. Amboii, mentang-mentang budak kecil yang bayar ke ni? Memang panas hati..dahlah jauh bertapak…nak kena patah balik.
Harga pada pencil box RM12.90 tapi harga pada resit RM15.90. Aku yang dah agak emo, aku tunjuk resit dan tanya kenapa charge harga ni? harga di pencil box pula lain.. Jawabnya “ohh, dia tak tahu, harga turun sebab baru diskaun”…agak-agak boleh ke terima alasan itu.. Aku keluar sambil bebel.. RM3 pun nak cekau ke..
confirm ramai yg singgah ni. tempat mmg strategik tu
tak nampak pulak kedai ni..haritu baru pergi time square
Kalau RM1 pun saya akan bising 🙂 Diorang yang letak harga, tiba2 diorang juga yang tak nak follow… dah kenapa pulak kan.
Xplorasi Destinasi recently posted…Pantai Sri Purnama Port Dickson untuk percutian bersama keluarga