Loading...
Perkhidmatan

LCD Screen Phone Android Pecah, Jumpa Kedai Baiki Phone Murah Siap Segera

LCD screen handphone Huawei pecah/retak. Puncanya jatuh masa nak letak atas almari. Nak menangis rasa. Tapi tak ada arah tak boleh nak marah sebab diri sendiri yang buat. Kalau orang lain yang buat, confirm naik angin dulu. Belum cukup setahun, hutang belum habis…dah retak screen. Nasib baik masih boleh tekan dan berfungsi. Tapi…

Terus cari kedai repair phone murah dan boleh siapkan segera di internet. Ada jumpa beberapa tempat. Hantar mesej tanya harga berapa.. semuanya atas RM300 dan perlu tinggal handphone untuk 1 hari. Yang mana balas mesej, hanya untuk Iphone saja boleh siap terus. Tak puas hati, pergi direct kedai handphone yang dekat dengan rumah. Jawapan sama RM300 lebih dan kena tinggal handphone juga. Ada satu tempat yang boleh baiki lebih murah kurang RM200 tapi jarak agak jauh.. macam tak berbaloi nak pergi.

Mr. Ery cadang beli parts LCD Screen kat shopee atau lazada, biar dia buatkan. Katanya senang. Ermmm, bersetuju jer lah… walaupun ada perasaan tak yakin di situ…hehehehe…yealah, katanya kalau tak menjadi beli yang lain. Amboiii, sedapnya mulut bercakap.

Buat lagi carian dan jumpa satu kedai online yang jual LCD Screen paling murah dengan harga RM95. Nak buat pembelian online teruslah, sekali Mr.Ery cakap kedainya di Lowyat. Tak tunggu lama, terus bersiap pergi cari kedai atas nama Cell Care.

Cell Care Kedai Baiki Murah dan Siap Segera

Masuk bangunan lowyat terus jadi pening. Pening sebab ramai orang dan pening nak cari kedai bernombor UG-28A, UG Floor. Susunan nombor tak mengikut turutan. Kedai Cell Care ni tersorok sikit di belakang tempat yang banyak-banyak menjual handphone. Dah jumpa kedai tu, Mr Ery bagitahu yang dia ada tengok kat online ada jual LCD Screen phone Huawei model yang aku pakai ni harga RM95, kalau baiki terus kat sini kosnya berapa dan boleh siap bila?

Orang Cell Care masuk ke dalam, dan check sesuatu di komputer dia. Maybe nak confirm betul ke harga RM95 yang ditawar di online. Dia keluar dan mengiakan dan bagitahu kos untuk tukar LCD Screen RM140 dan siap dalam tempoh 1 jam. Tak fikir lama, terus bersetuju. Rasanya harga paling murah, boleh siap terus pula tu. Dapat waranti 1 bulan lagi. Lega bila dapat setel masalah screen pecah ni dalam masa 1 jam saja.. yang mana handphone kawan-kawan bermasalah, aku suggestkan ke Cell Care jer lah.. bukan masalah tukar LCD Screen sahaja, yang melibatkan sistem pun boleh dibaiki kat sini.

 

About emarieys

Ema has written 1171 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

One comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE