Isnin dah hari ini. Sepatutnya hari ini baru mula kerja. Dah apply ambil cuti direct seminggu. Tapi apakan daya, dua hari selepas cuti deepavali disuruhnya masuk kerja. 13 tahun bekerja, ini kali pertama cuti tak diluluskan. Apa nak buat Saya Yang Menurut Perintah ada di bawah senarai tugas. Maka, kena akur.
Balik Kampung Bukan Cuti Semata
Yea, balik kampung bukan cuti semata, balik kampung ada kerja perlu setel.”Ambo, kelik buke duk sajo, ambo kelik wat kijo deh sebab tu ambo nok cuti lamo” . Awal pagi terus ke Casa Emarieys. Nak tengok keadaan rumah yang dah disewakan pada student ni. Kebetulan student pun cuti seminggu.. sampai sana, disambut tetamu baru. Alahai, kesian tengok kucing dan anak-anaknya ditinggalkan di luar rumah. Dah tahu, salah seorang penyewa bela kucing, tapi tak sangka pula kucing ni beranak…ada 4 ekor anak kucingnya. Ada ditinggalkan makanan kucing..tengok macam lapar..terus bagi makanan yang ditinggalkan..berebut anak-beranak makan.
Biniku Buruh Binaan
Ini Mr. Ery yang bagi tajuk filem Biniku Buruh Binaan. Yealah, mana nak cari bini yang boleh buat kerja lelaki kan.. Bab mengecat, mencangkul sikit punya mudahlah..lainlah bab elektrikal dan elektronik… walaupun study dulu di bidang elektronik. hahaha. semua itu dah tak ingat. Kerja pertama yang berjaya dilaksanakan, mengecat tiang garaj. Hah, semua tiang dapat disiapkan dalam separuh hari tu.. ada 6 batang tiang. Dua kali mengecat setiap tiang tau.
Korang jangan tanya, laki ko tak buat ke, yang ko kena mengecat ni.. Eh, Mr Ery punya kerja lagi susah. Kena memanjat. Korang nampak atas kepala di tepi tiang tu tak? Itu lampu solar. Pasang untuk garaj ni. Tapi bila pasang lampu itu kat sini, ia tak menjadi..padahal dah test dulu. Dua tiga kali juga lah test and error.
Anak-anak pun tak dimanja sangatlah.. Main batu, main tanah, main air ada orang kisah? Tak ada yang kisah pun..main lah anak-anak.. di KL tak boleh bermain macam ni.. Comot sakan ni sebab baru lepas makan aiskrim.
Hari pertama mengecat, hari kedua terus jadi buruh binaan. Hah, ambik ko, nak kena rata pasir dan batu tu..tambung di tempat takungan air dan garaj kereta. Fuh, memang mandi peluh. Dahlah panas terik, padahal masih awal pagi.. Abang Aqeel pun bekerja kuat tolong angkut pasir. Yang ni tak laratlah nak buat sorang-sorang.. Mr. Ery sebelah, MamaEma sebelah. Baru adil.
Setel juga kerja separuh hari.. nak kejar masa punya hal sebab cuti dah dipendekkan. Memang lega bila kerja selesai..hati pun rasa senang. sebelum balik KL sempat juga pergi berurut badan.. tak ada lah sakit-sakit urat buat kerja berat.. gituuu.
Wah… serba boleh Mama Ema ni.. mengecat boleh, mencangkul boleh, tulis blog boleh.. serba serbinya boleh.. bertuah encik Suami dapat isteri macam Mama Ema..
anuar recently posted…Pengalaman Jawab Exam Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) gred M41
Sekali sekala jadi buruh binaan 🙂
rajin
Dah Ada rumah mesti seronok Kan bwkerjasama improve lg keadaan rumah. Comelnya anak kucin
Mama pipie recently posted…Cara Menghilangkan Whitehead & Blackhead
sesekali keluarkan peluh jantan kan mama ema.. Cumanya jangan sakit badan terkejut segala urat sudah lah..
aziana recently posted…YOUTH® Skin Care Shaklee Bebas Bahan Kimia Berbahaya, Semulajadi Dan Bebas Gluten
Amboi ema. Nampak ayu je
rupa rupanya semangat kental tulang dan urat dawai
Selamat berjaya dalam misi
Mazni Azmi recently posted…Makanan dilarang semasa hamil? Ibu mengandung elak 24 Lauk ini!
Kerja penyodok tanah ni kalau jarang buat boleh sakit belakang dan pinggang dibuatnya. Standby minyak angin la jawabnya. Steady je MamaEma.
Gum Arabic Al-Manna recently posted…Khasiat Akasia Senegal Lebih Tinggi Daripada Akasia Seyal