balik rumah saya berceritalah dengan mr. ery
saya bawa anak-anak tu jalan-jalan kat SINI kan

pagi ahad hari tu mr. ery tak kerja
dan tekak pula nak rasa makan breakfast kat luar (padahal kat luar sokmo)
plannya nak cari makan kat pekan sungai besi
pergilah kami empat beranak ke sungai besi
dan sempatlah singgah kat pejabat pos
hantar surat opis punya (dah buat kerja despatch)
masukkan surat kat dalam tong merah saja…hari ahad semua pejabat tutup kan
mujur dah ditampal stem

dah sampai pekan sungai besi
kitaorang patah balik

kakak dalam kereta

kakak : ayah, ayah…kakak, adik dan mama…best jalan-jalan kat situ (tunjuk bangunan TBS)

mr. ery : iyea…best tak?

kakak : best ayah…

mr. ery : okey…jom kita pergi.

kakak : hoooorrrreeeyyyy…

suka kakak ada maknanya…apalagi kalau bukan nak beli sweets

akhirnya, kami makan kat kedai mamak yang layan diri

saya yang kurus atau mr. ery yang berisi…hehehe

dari kedai mamak ni…boleh nampak view kampung Malaysia

tasik inilah yang kami lepaskan ikan sebelum balik raya…entah masih ada lagi ke kat dalam tu?
selalunya kitaorang naik motor berempat tak pakai helmet lalu kat tepi tasik ni
jangan marah incik polis erkh

perut sudah kenyang…ayuh, kita jalan-jalan lagi

alahaii…bila masa pula si kakak ni sempat berposing kat sini
cinderella…cinderella…

kakak : mama..mama… nanti dia keluarkan duit RM 2 kan

mama : mana ada…

kakak : adaaa mama…

mama : tak ada lah kakak

kakak : semalam tu..dia kasi duit

memanglah semalam kasi duit sebab masukkan RM 5…
hari ini mama habis korek segala syiling kat wallet tu…
ngam-ngam masukkan RM 3..

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *