Kasut sekolah tiada jenama.

Anak balik sekolah bersuara.

“Mama, kawan abang perli abang asyik pakai kasut sama”

“Pakai kasut brand apa”

Wow, terkejut lah mama dia…macam ini yer anak-anak sekolah international.

Kasut sekolah, beg sekolah brand apa diambil kira.

Belum lagi tanya cuti sekolah holiday kat mana.

Tapi betullah, orang kata memang itu pandangan anak-anak sekolah di luar negara.

Kesian pun ada pada si abang, tapi dia langsung tidak pedulikan.

Si Abang ni tak suka bergaya sakan.. cukup t-shirt dan seluar panjang.

Kemeja ada banyak, tapi dia tak suka pakai..bila mamanya paksa…muncung lah ke depan.

Sempoinya si abang, kasut  sekolah pun dia nak kasut hitam macam pengawas sekolah kebangsaan.

Katanya selesa pakai dan ringan.

 

 

Tapi bila dah kawan-kawan berbunyi, tak akan mamanya nak diam diri.

Mama beli juga sepasang kasut di sini…buat ganti pakai hari-hari.

Sekarang dah tak ada yang berbunyi.

Kasut sekolah tiada jenama pun diambil kira.

Itulah pandangan anak-anak sekolah International.

Selagi boleh kita usaha..kita usahakan…

Jangan bagi anak-anak rasa dipinggirkan.

Tak perlu cari yang baru, boleh cari yang secondhand.

 

Balik Malaysia Beli Lagi

 

Balik Malaysia, belikan 2 pasang buat tambahan.

Gara-gara jadi pertanyaan, tahun ini kasut ada 4 pasang.

Cukup sangat untuk bergantian.

Hari-hari si Abang pakai kasut berlainan.

Tetap kasut tiada jenama, yang mama belikan..

 

 

About emarieys

Ema has written 1334 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

One Reply to “Anak Pakai Kasut Sama Dan Tiada Jenama, Pandangan Anak-Anak Sekolah International”

Leave a Reply

Your email address will not be published.