Sepertimana dalam peribahasa “Sesal Dulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna”. Anak-anak yang sudah pandai berjalan, sila pakaikan kasut yang sesuai dengan saiz dan bentuk kaki. Tapak kaki adalah bahagian tubuh yang paling bawah yang mana tugas utamanya untuk menampung berat badan semasa berdiri dan berjalan. Setiap orang memiliki bentuk tapak kaki yang berbeza. Ada jenis melengkung, sederhana rata, rata sepenuhnya dan bengkok ke dalam.
Tapak kaki melengkung adalah normal. Bagi tapak kaki sederhana rata, rata sepenuhnya dan bengkok ke dalam akan menghadapi pelbagai masalah kaki seperti sakit pada tumit, tulang belakang, leher, lutut, postur badan yang tidak seimbang dan cara berjalan yang tidak cantik. Masalah ini disebabkan faktor keturunan, pemakaian kasut yang tidak sesuai dan otot kaki yang tidak kuat.
Kebanyakkan ibu bapa termasuklah aku sendiri selalu tidak ambil peduli pasal pembelian kasut terutama kasut sekolah yang sesuai untuk anak-anak melainkan harga yang murah. Ia sebenarnya mengundang risiko untuk anak-anak alami masalah sakit kaki dari umur muda. Bila anak-anak cakap sakit belakang, kita salahkan anak bawa buku tidak ikut jadual.
Tips Pemilihan Kasut
Walau apa cara pun, perlu ukur kaki anak dulu untuk pilih kasut bukan dengan menyarung terus. Jangan pilih kasut yang betul-betul muat dengan kaki. Seharusnya kena pilih saiz longgar, sekurang-kurangnya lebihkan dua jari di bahagian hadapan kasut. Harus sarungkan dengan kaki kanan terlebih dahulu kerana saiz kaki kanan lebih besar dari kaki kiri. Waktu yang sesuai dalam pembelian kasut adalah waktu petang kerana masa itu, kaki tengah kembang.

Masalah Tapak Kaki Anak Rata
Usia anak 5 tahun, kita dah boleh melihat perkembangan tapak kaki anak sama ada normal atau luar biasa. Menurut Dr Edmund Lee, Pakar Ortotik & Prostetik kecacatan tapak kaki rata boleh diperbetulkan tanpa sebarang pembedahan, ia boleh ditangani dengan penggunaan kasut atau pelapik kasut yang sesuai dengan kaki. Bagi ibu bapa yang nampak perbezaan pada tapak kaki anak, sila bawa anak ke Sunfeet International Rehab Centre. Di sana, kita boleh scanning bentuk kaki bagi mengetahui sama ada kaki anak normal atau flat. Selepas scanning, kita akan diberi penerangan dan cadangan apa yang perlu kita lakukan seterusnya.
Sepertimana dengan anak-anak ema sendiri, selama ini memang tidak sedar yang anak-anak sudah ada ke arah masalah sakit kaki. Mereka telah mengesyorkan supaya diberi pelapik kaki yang bersesuaian untuk elak sakit di hari mendatang.
Di Sunfeet juga ada menjual kasut sekolah budak yang sangat menjaga tapak kaki anak. Pelbagai bentuk dan ada warna putih dan hitam. Tahun depan, masih belum rasmi kasut sekolah anak hitam kan. Kasut sekolah putih pun masih boleh digunakan. Sebenarnya, tapak kasut yang lembut juga menjadi punca pembentukan kaki anak-anak.
Pilihan Kasut dan Pelapik di Sunfeet
Memandangkan tak lama lagi cuti sekolah, persedian kasut sekolah untuk tahun depan dah boleh mula. Apakata korang pergi ke Sunfeet ni untuk dapatkan khidmat nasihat percuma dalam pemilihan kasut yang sesuai.

Cegah sebelum parah
Sunfeet International Rehab Centre
Block C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 19
46300 Petaling Jaya, Sel.
Buka setiap hari dari jam 10:00 pagi – 7:00 malam
Tel: 013-9122939
Website: www.sunfeet.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/sunfeetinternational/
Instagram: @Sunfeet
belilah kasut pada waktu petang….
pada masa itu kaki ‘kembang dan saiz itu perlu untuk dijadikan ukuran yang sesuai
good tips.. balik ni nak check lah kaki syafi mcm mana
Kasut hitam mungkin lebih baik. Kanak-kanak tidak perlu risau jika kasut mereka jadi kotor pun.
good info. pnting bnda ni
info yang sangat berguna..boleh follow tips ni