Muzium Kapal Selam Melaka terletak di Pantai Klebang. Tengok replika kapal selam di belakang aku macam rupa dugong pun ada. Besar sungguh kapal selam ni. Mana tak besarnya dah berat pun cecah 1,200 tan. Nak bawa naik ke darat pun dengan trailer khas yang ada 480 tayar. Berdiri di bawah kapal alahai kerdilnya.
Tiket Masuk Murah
Harga tiket untuk dewasa RM 3 dan kanak-kanak RM 1. Berbaloilah bawa anak-anak kenal kapal selam. Boleh masuk ke dalam perut kapal sekali. Masuk kena tanggal selipar dan bawa selipar sebab pintu masuk dan keluar lain-lain.
Dari luar kapal besar benar tapi bila masuk dalam perut kapal ruang sempit sangat. Nak berlaga bahu pun tak dapat. Sanalah ruang kerja, ruang dapur, ruang meeting, bilik tidur segala. Aku yang duduk dalam tu tak sampai 10 minit dah rasa lemas. Mereka yang berbulan-bulan kerja dalam tu, memang hebatlah.
Kipas kapal ini pun berat berapa agaknya.
Ada pakej untuk bermalam di dalam kapal selam. Ada berani? Kalau berani silalah hubungi pihak muzium melaka ye. Bukan bermalam sorang-sorang pun. Paling minima perlu ada 25 orang dengan harga RM 150 seorang.
menarik juga melaka ni. kapal selam siapa tu ek
Raihanah Ahmad recently posted…Keperluan Vitamin D Untuk Kanak-kanak
Tak pernah sampai lagi dekat muzeum ni… kalau ada peluang boleh bawa anak2 jalan ke sini..
anuar recently posted…Rezeki Pertama Menjelang Malam Tahun Baru 2016… Syukur Alhamdulillah…
kalau dalam ruangnya sempit, tak nak lah Ani bermalam hehe sekadar berjalan nak taw bagaimana dalamnya in sha Allah 🙂
Wajib pergi Muzium kapal selam kalau ke pantai Klebang.
akubiomed recently posted…Main Sandboarding di pantai Klebang
Dah boleh masuk ya? Dulu pergi tengok sekeliling je.
Cantik view gambar yang pegang kipas tu..
Kita boleh dapatkan senarai homestay Melaka yang murah di Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang sila lawati;
http://www.homestaymelaka.com.my atau http://homestaymelaka.worldheritage.com.my
Bagi penginapan apartment dan hostel murah untuk rombongan ke Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang boleh lawati