Loading...
Azwa

kakak is ‘lelaki’

As Salam

Dah macam chipsmore punya iklan dah ni..kejap ada..kejap tiada…

Dua hari lepas ema cuti pergi shopping..semalam cuti pergi ikut lawatan sekolah kakak..

Bila tuan cuti..blog pun ikut sekali..maklumlah sehati sejiwa kan…hukhuk.

Rasa menyesal sangat potong rambut kakak pendek ni…ramai yang sangkakan kakak (azwa) ini lelaki… masa cuti pergi shopping, ema bawalah si kakak ni sekali… pergi kenanga wholesale city.. masa pilih baju gaun untuk kakak dan kakak sarungkan…ema cakaplah “kakak, kamu ni tak sesuai pun pakai gaun dengan rambut kamu sekarang” pastu amoi kedai itu cakap “first, saya ingat dia ni boy” ema cakap balik ” a’ah ramai yang sangkakan dia ni lelaki”.

Ada satu kejadian lagi di kenangan wholesale city…ema tengah fitting seluar dalam fitting room..si kakak duduk kat luar jaga barang….terdengar suara mama marah anaknya (perempuan) “tengok abang tu, duduk diam saja, tak merengek-rengek pun macam kamu nak itu ini”..tetiba saya dengar suara kakak “kakaklah”..terus aunty tu minta maaf “oh, kakak…maafkan aunty”…bila saya keluar dari fitting room, saya cakaplah tak apa.

Malah ada juga yang komen pada entry sebelum ”handsome anak mamaema”.

Berpakaian bomba masa lawatan ke kidszania semalam

Lepas ni tak akan potong lagi rambut pendek seperti ini.

Sesal sangat walaupun kakak suka.

About emarieys

Ema has written 1238 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge