Kakak Azwa Selepas 2 Minggu Belajar di SMKA Falahiah

Hari-hari kakak akan call. jam 6.30 pagi, 10.30 pagi, 2.30 petang, 5.30 petang dan 11.00 malam itulah time dia akan call….hari ini jer terima call jam 2.30 petang…duit syiling habis. Mama tok dia kasi minggu lepas pun dah licin. Laju telan duit public phone pun. Minggu ini kakak dapat cakap hanya dengan mama..ayahnya belum balik lagi dari umrah. Tak tahan rindu ayahnya dengan kakak….

Selepas 2 Minggu di SMKA Falahiah

Alhamdulillah banyak perkembangan positif walaupun setiap kali call, dia nangis..katanya rindu dan nak balik rumah. Awal dulu lagilah nak duduk dengan cikngah dia…nak cikngah dia hantar hari-hari ke sekolah.. Aduhai kakak, dah banyak berhabis untuk beli barang asrama…cikngah pun busy dengan kerja dia…pujuk punya pujuk..kakak okey.

Baca: Tingkatan 1 di SMKA Falahiah

Ada macam-macam cerita lah setiap kali borak dengan dia…antaranya tak ada kawan. Aku pesan, kakak kena kawan dengan semua orang..mungkin kawan-kawan satu bilik kakak belum serasi sebab kakak seorang saja orang luar…dan kakak orang kemudian masuk. Kakak kena pandai bawa diri dan tackle kawan-kawan… dua tiga hari lepas itu…dia bagitahu “mama, kakak dah ada kawan”.

Setiap dua minggu sekali, kakak boleh balik rumah…dah aku jauh, rumah cikngah lah dituju. Punyalah tak sabar nak cikngah dia ambil awal esok. Minggu ini dapat balik.. Minggu lepas kakak outing..keluar pagi balik petang.. Hari jumaat outing dengan cikngah…hari sabtu outing dengan mak saudara dia yang balik Kelantan. Happy kemain.

Tak risau sangat sebab saudara mara semua ada di Kelantan…ramai nak jadi ‘mama’ dia… Jumpa kakak minggu cuti hari raya cina nanti….

About emarieys

Ema has written 1203 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge