Loading...
DecorationEvent

Kahwin Beramai-Ramai Lebih Meriah Dan Jimat Dari Mega Wedding Malaysia

 

Jom Kahwin!!!. Jeles pula tengok pasangan pengantin baru yang melangsungkan perkahwinan mereka secara beramai-ramai dan lebih meriah malah menjimatkan. Maklumlah, zaman sekarang untuk mengadakan satu majlis perkahwinan sahaja melibatkan kos yang agak tinggi. Jadi, dengan tawaran yang disediakan oleh pihak Mega Wedding Malaysia ia lebih menjimatkan kos dan tenaga. Percayalah.

Tawaran Harga Istimewa dari Mega Wedding Malaysia

Sabtu lepas, aku berkesempatan meraikan 8 pasangan pengantin baru yang diadakan di Marina Putrajaya anjuran @mahligaiimpianofficial . Pasangan-pasangan yang diraikan adalah:

  1. Mohd Zamri Azmi & Fauziah Salleh
  2. Saiful Lizam Samsuri & Noor Hanida Othman
  3. Mohamad Zaidi Zakaria & Ainaa Ashura Anuar
  4. Muhammad Rusyuddin Abd Rahim & Syazana Syairah Jamalidin
  5. Abdul Qaiyum Md Yusof & Surgawi Haimi
  6. Muhamad Anas Jamaludin & Nur Shahirah Mohamad Radzi
  7. Ir Muhammad Hafizuddin Hasan & Malisa Isa
  8. Amzar Azhar & Aisyah Humairah Elsie Jemat

Tahniah diucapkan dan Selamat Pengantin Baru. Selain dipersandingkan di atas pelamin bersama, pasangan ini turut akad nikah bersama oleh pihak Jabatan Agama Islam Putrajaya.  Menarik dan lebih meriah. Dan yang paling seronok, apabila pasangan-pasangan ini menaiki sebuah cruise melintasi Tasik Putrajaya sebelum naik ke atas pelamin.

Wah, kemain lagi kan. Aku dulu kahwin diarak jalan kaki jer, beruntung pasangan-pasangan ini dapat naik cruise. Nampaknya, aku pun kena naik pelamin lagi sekali ni..hehehehe. Naik pelamin dengan suami aku lah..bukan dengan suami orang.

Turun dari cruise, berjalan beriringan bersama pasangan perlahan-lahan di dek jambatan dengan diiringi lagu kompang dipalu. Melalui pula red carpet sebelum ke khemah pelamin gergasi eksklusif  yang tersergam indah. memang hari bersejarah untuk pasangan-pasangan pengantin yang dirai.

Kemeriahan majlis perkahwinan beramai-ramai ini adalah hasil kerjasama dan penaja dari @atelieporto yang menyediakan khidmat photo dan videografi, @mumtazsofticecream menyediakan pencuci mulut berupa aiskrim kon, @chocolatepalace menyediakan doorgift untuk tetamu, @thepaparazi_fotobooth memberi khidmat photobooth, @bro_candy menyediakan swett pop corn yang sedap, makeup pengantin dari Yann Rifft dan pelamin tersergam indah dari @sanggardewicollections serta @cetak8tive untuk tajaan kad kahwin.

Pakej Serendah RM7,000

Pakej serendah RM7,000.00? Biar betul ni. Memang betul..inilah harga yang ditawarkan oleh Mega Wedding Malaysia.  Pakej ini merangkumi tawaran-tawaran seperti berikut:

  1. Tajaan dan pengurusan majlis akad nikah di Masjid Putrajaya
  2. Kad kahwin percuma
  3. Menu katering istimewa
  4. DJ jemputan dan PA system
  5. Door Gift setiap tetamu
  6. Kek kahwin percuma setiap pasangan
  7. Pelayaran cruise istimewa sepanjang Tasik Putrajaya setiap pasangan
  8. 200 pax jemputan kepada setiap pasangan
  9. Rakaman video dan gambar keseluruhan perjalanan majlis
  10. Pelamin gergasi eksklusif tersergam indah
  11. Parkir khas untuk pengantin
  12. Hand bouquet setiap pasangan
  13. Live show dari band terpilih
  14. Liputan khas dari media
  15. Penginapan 1 malam di hotel bertaraf 5 bintang

Cover dari urusan nikah, pelayaran cruise, majlis walimatul urus hinggalah ke malam honeymoon. Selesai majlis perkahwinan, terus pergi honeymoon di hotel 5 bintang. Murah dan jimat. Nak tunggu apa lagi? Majlis ini hanya diadakan 3 kali setahun sahaja iaitu bulan Mac, Ogos dan November. Jadi, masih tinggal dua majlis lagi. Untuk dapatkan diskaun lagi RM500 dari harga pakej ditawarkan, kenalah  datang ke Hari Terbuka Mega Wedding Malaysia pada 11 Mac 2018 (Ahad) pada jam 9.00 pagi – 8.00 mlm bertempat di Mahligai Impian Selangor, Lot 7812 (PM1845), Bukit Cherakah, Jalan Kg Subang Baru U9, Sek U9, 40150 Shah Alam, Selangor. Khabarnya, slot dah tak banyak. Lambat habis, kan melepas untuk dapat harga murah.

 

About emarieys

Ema has written 1178 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

4 comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE