hari minggu : kacau asyura @ suro

salam

minggu lepas saya ada bagitahu kemungkinan kat rumah FIL saya akan kacau syura (suro-bahasa kelate)

akhirnya jadi juga kacau suro ni…. saya tak kacau pun….saya tengok orang kacau suro jer

issh..bukan saya tak tolong…saya buat kerja kat dalam rumah sana…

dah wakilkan kat mr. ery kacau suro… cuba tengok betul2 cara dia pegang senduk suro tu.. ada gayakan…

time ni senanglah lagi nak kacau…. hah, kacau jangan tak kacau erkh…

next, FIL dengan biras saya…. diaorang gilir-gilir kacau..penah seh… pastu tak tahan pula dengan asap kat bawah tu….

hah, time ni yang penat sikit… suro pun dah nak masak… kena banyak pakai tenaga jantan kat sini….

hah, amik ko. berasap-asap…. bara api kat bawah tu, kitaorang siap bakar ikan untuk makan tengahari…maveles…

inilah kerja saya kat dapur tu…. hah, saya buat kerja juga tau…. mericik daging….faham tak bahasa tu….kalau tak faham korang buat2 faham jer yer….tak tahu nak explain apa….

inilah tukang masaknya…import khas dari kelantan… semua bahan-bahan pun dari kelantan…. yang bestnya..kelapa tu… berjalan merata-rata…dari kelantan ke nilai…ke giant…. ke serdang dan lepas beberapa hari barulah sampai ke rumah FIL ni. korang pandai tak guna mesin kelapa tu? saya tak pandai (baik mengaku jer)

inilah rupa suro itu…

yang paling kesian pokok betik ni… gara-gara nak makan suro… daun betik kelayuan….

setahu saya, cara buat dan rupa suro ini adalah mengikut negeri-negeri. kalau kelantan memang terkenal dengan rempah ratusnya dan diisi dengan daging…. pastu kaler hitam… tempat lain dia cerah jer. ada betul tak saya cakap ni….

asalnya, mak sedara mr. ery punya anak (sepupu) yang mahu makan suro ni. pastu dia tinggal kat rumah yang tinggi2 tu…tak ada tempat mahu kacau suro… tu pasal kena kacau kat rumah FIL ni.

tengoklah, anak cakap saja nak apa… mak sanggup buatkan… tapi adakah anak sanggup buat apa2 demi mak???

renung-renungkan….

About emarieys

Ema has written 1249 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge