Persiapan Raya

Persiapan raya.  sebelum berpuasa dah mula membeli pakaian anak-anak. Baju raya sudah, kasut raya sudah, tudung raya sudah, biskut raya tak ada, sebab dah call mom tak nak biskut raya, makan kerepek raya jer. Nampak semua dah selesai, persiapan pun ala kadar, lebih utama pada anak-anak. Ye ke?

Nak juga beraya tahun ini pakai jubah. Gara-gara Jubah Bella Ammara dah dijual, kena cari jubah yang lain. Salah satu pilihan jubah dari Cala Qisya. Nak pergi butik Cala Qisya di Shah Alam memang tak lah. Tak biasa jalan ke Shah Alam ni. Dapat tahu Cala Qisya buka booth masa #klrayafest2014 di PWTC. Tak akan lepas peluang nak beli jubah Cala Qisya ni, sanggup bersesak.

calaqisyaSebanyak 300 booth dibuka. Booth Cala Qisya yang paling sesak dengan manusia. Kesian pula booth depan Cala Qisya ni, dah tak nampak sebab orang duk beratur dan berebut. Kalau lemah memang tak dapatlah koleksi Cala Qisya, kena pandai menyelit. Akhirnya, dapat rembat dua jubah dengan warna pilihan. Terus sangkut kat leher, takut terpijak orang ramai.

Tunggu turn untuk bayar memang azab, tolak ke depan tolak ke belakang ke tepi semua. Pelbagai bauan dapat dihidu. Tolak menolak semestinya. Orang kaunter pun laung janganlah tolak meja ni, nanti saya panggilkan kiki baru tahu. Aku berjaya menyelit untuk bayar dengan pantas sebab ada kakak Azwa. Orang bagi line. Suruh tunggu belakang tak nak, nak juga ikut beratur.

KL Raya FestBalik rumah menyesal tak beli untuk mom. Esoknya, lagi sekali pergi ke PWTC semata-mata nak cari jubah Cala Qisya untuk mom. Harap sangat, jubah masih ada. Pergi petang Ahad, booth Cala Qisya lengang. Dah risau takut tak ada size dan design yang sama. sekali pilih punya pilih ada size untuk mom. Alhamdulillah. Terima kasih mr.ery yang sudi hantar ke PWTC.

Dah plan, nak pakai sama hari raya kedua nanti. dan untuk mom nak bagi surprise. Aku dengan mom sama jubah dari Cala Qisya, adik dua orang jubah dari Hijab by Emma Maembong. Kita berjubah tahun ini.

About emarieys

Ema has written 1261 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

21 thoughts on “Persiapan Raya

  1. wow… raya sakan la dengan CQ
    CQ ni kalau buat sale mmg boleh mcm sardin org
    memula nak juga pergi situ sbb banyak vendor kan
    tapi memikirkan yang momoy tak dapat cuti rasa sedih la juga
    xpe2 tunggu nx year jer

    sis bila nak tayang jubah CQ tu
    nak juga tengok…. plssss
    btw, selamat hari raya sis

  2. Alhamdulillah. Sekarang mesti dh selamat digayakan pom..

    Kak..sori sgt2. Lya baru baca komen akak nak add lya tu.. huhu
    . Bru baca arini kak.. dah lmbt pom..

    Salam aidilfitri.
    Maaf zahir n batin

  3. Demi jubah pilihan pagi raya, sanggup bersesak-sesak ya, Ema? Saya tengok kepala orang dalam gambar ni je, dah tak lalu nak join bersesak sama. Rimas rasanya tapi tak tahulah kalau barang yang nak direbut tu memang idaman hati sangat-sangat, haruslah join sekaki juga kot 🙂
    Mummydearie recently posted…Makan-makan saja …My Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge