Event Ramadhan

Jualan Barangan RAYA Festival Ramadhan Di Putrajaya 2018

Pejam celik pejam celik dah nak raya.. tapi sebelum raya wajib tunaikan puasa bulan Ramadhan barulah sambut raya. Dah siapkan pakaian untuk raya ke? Aku belum buat apa-apa persiapan pun lagi. Tengah survey tempat jualan barangan raya yang murah-murah.

Festival Ramadhan di Putrajaya

Sebelum ini dalam bulan Ramadhan, memang akan ada satu atau dua hari pergi ke Dataran Putrajaya untuk berbuka puasa. Tapi tahun ini, aku plan nak pergi ke Festival Barangan Raya Festival Ramadhan Putrajaya 2018 sebab ada pelbagai jualan sempena menyambut hari raya..wow, shopping raya di Putrajaya pula kali ini.

“Bersempena dengan ketibaan Ramadan yang saban tahun dinantikan oleh seluruh umat Islam khususnya, bakal berlangsung JUALAN BARANGAN RAYA FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018 bermula 17 Mei 2018 (1 Ramadan 1439) selama sebulan bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3. Dengan objektif untuk menyatukan ukhuwah rakyat Malaysia yang berbilang agama dan budaya, penganjuran festival ini juga membuka peluang perniagaan kepada usahawan muda yang pada hari ini seakan menjadi satu senario menarik setiap kali tibanya Ramadan.

Festival Ramadan Putrajaya 2018 disasarkan untuk mereka yang berada di kawasan seperti Bangi, Kajang serta kejiranan yang berhampiran bagi memudahkan mereka merancang masa untuk persiapan raya sepanjang Ramadan. Di samping itu, festival tersebut turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang Ramadan untuk para pengunjung.”

Gerai Selebriti

Selain itu, turut disediakan hadiah utama yang berupa sebuah kereta ataupun motosikal untuk cabutan bertuah, persembahan ‘busking’ para artis popular masa kini, penampilan artis-artis istimewa yang akan diumumkan dari masa ke masa serta akan diserikan lagi dengan gerai para selebriti terkenal seperti Ella, Hanez Suraya, Kaka Azraff, Ekin, Leez Rosli, Sofi Jikan, Haiza, Saiful Apek, Siti Sarah, Shuib dan ramai lagi. Program ini menggabungkan seramai 30 selebriti terkenal tanahair.

Malah, turut diberikan perhatian khusus dalam penganjuran festival ini adalah program kerohanian. Tazkirah Ramadan bersama selebriti pilihan dan ceramah agama dari penceramah jemputan bakal menghiasi kalendar sepanjang bulan tersebut. Sebelah petang pula, program bubur lambuk akan memeriahkan lagi festival tersebut. Hujung minggu pula, direncanakan majlis iftar bersama anak-anak yatim yang terpilih.

Pelbagai Jualan Barangan Raya

Tumpuan juga akan diberikan kepada barisan gerai daripada pelbagai jenama terkenal dari kalangan hijabista dan lain-lain. Penjualan di gerai akan merangkumi tawaran pakaian muslimin dan muslimah terkini, alat solek, perhiasan rumah serta kuih raya untuk persediaan Syawal kelak.

Pastinya Festival Ramadan Putrajaya 2018 akan memudahkan persiapan keluarga mahupun individu kerana di sinilah bakal tertumpunya pelbagai aktiviti menarik dari segi intelektual dan kerohanian, penawaran jenama terkenal yang mampu milik dan juga ruang untuk beramah mesra dengan personaliti popular tanahair.

Untuk maklumat dan informasi terkini, sila hubungi;

Unit Publisiti Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajya 2018

(TEL:  Izainil: 017-3031 953/ Ashraf 017-8892909)

Kalau begini festival ramadhan yang ada, seronoklah orang Putrajaya..hari-hari boleh singgah pergi. Awal-awal dah boleh buat persiapan raya…jangan borong habis tau, orang Kuala Lumpur dan orang dekat-dekat nak pergi borong juga ni….

About emarieys

Ema has written 1151 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
1 Shares

You may also like...

2 Comments

  1. Jom pakat pergi! Bagus jugak shopping awal untuk raya, takdelah kelam kabut nanti.

  2. shopping awal2 senang tak bersesak ramai2 kan ema

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge