Tak balik raya masak untuk siapa.

Tak balik raya sekali pun masak untuk jamuan di pagi raya mestilah ada. simple pun tak apa janji sedap. tak gitu. Kalau bab masak memasak memang ema jenis yang bukan masak hari-hari tapi bila sekali masak dan ada pula yang memuji sudah pasti kembang kempis hidung hindustani.

Juadah Pagi Raya

Inilah juadah pagi raya untuk keluarga empat beranak yang terpaksa beraya di bandaraya Kuala Lumpur. Nasi impit yang dibeli dalam bungkusan kecil-kecil balik rumah masak saja. Kuah kacang untuk dimakan dengan nasi impit, kuah sup untuk dimakan dengan nasi impit yang dipanggil masakan soto. Tapi memandangkan pagi raya tu, nasi impit tak menjadi sebab nasi impit dah rupa makan nasi sebiji-sebiji terpaksalah celurkan bihun untuk makan dengan sup. Kan untung, bila masak satu dua jenis masakan tapi boleh dimakan dengan pelbagai cara.

IMAG1581_zps4c9bdaac

Buatkan nasi impit dengan kuah kacang sebab ada penggemar yang tegar. Sekali hadap bertambah berkali-kali..itu kalau mama tok kat kelantan tu yang buat, kalau mama dia yang buat tambah sekali dua jer…tahulah masakan mama dia tak sesedap mama tok dia…yang penting dia cakap SEDAP MAMA. Kembang lagi hidung yang memangnya kembanglah…hahahaha.

IMG_20130808_145658_zps53cbcd46

Ketupat Sotong Mesti Ada

Eh, petang raya tu ada masakan tambahan lagi. siap buatkan ketupat sotong. korang reti tak makan ketupat sotong ini. nak makan ketupat palas tak reti nak menganyam daun ketupat reti ngap jer..lainlah ketupat sotong..terror tau..Tapi kalau orang luar ramai yang tak suka sebab katanya sangat manis. dan ada yang kata pelik sebab makan sotong berintikan pulut. Ada jenis rupa ketupat sotong ni satu putih satu hitam. yang putih pakai gula biasa dan yang hitam pakai gula melaka.

IMG_20130808_230130_zps07b079e9

Juadah raya itu hanya kami yang habiskan. dari pagi hingga malam kami makan berulang-ulang. Hari Ahad lepas, ada buat sikit makan-makan kat rumah tapi bukan open house. Jemput adik beradik mr.ery je. Maklumlah, mereka datang hari tu kan kena halang. Masak masakan yang sama juga, cuma tambah masakan nasi lemak.

Kembang lagi hidung ku…..

About emarieys

Ema has written 1138 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
News Reporter
Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge