Jom Makan! Buffet Ramadhan Bazaria di Boulevard-A St Giles Hotel bersebelahan dengan Midvalley Kuala Lumpur saja. Menariknya buffet ramadhan di sini dengan tema bazaria. Akan ada gerai-gerai makanan di tepi poolside sepertimana gerai-gerai makanan yang ada di bazar ramadhan.
So, suasana di sini seakan-akan kita berbelanja di bazar ramadhan kat luar sana. Lebih tertarik lagi pelbagai juadah masakan lauk Melayu yang bakal dipersembahkan antaranya Nasi Beriani, Ayam Rendang Pucuk Ubi, Ekor Asam Pedas, Udang Sambal Petai, Terung Berlada, Ayam Percik dan banyak lagi.
Sup Gear Box Terbaik
Jangan lupa makan sup gear box kat sini, memang TERBAIK dan POWER. Hirup gitu jer.. meleleh.
Cendol Durian Jadi Tarikan
Tak ada durian? Asalnya frust juga..sebab aku ni kan hantu durian…eh.. Tapi, bila terpandang ada cendol durian terus tak jadi nak sedih. Ramai yang serbu cendol durian dulu.
Dua mangkuk terus, dasar pelahap kan…ish-ish buruk perangai ko ema. Tak adalah, aku ambil dua mangkuk ni untuk test gambar jer…satu mangkuk aku dah pass pada kak nina pun. Eh, kalau 2 mangkuk pun apa salahnya kan…makan sampai kenyanglah. Gituuu.
Gerai-Gerai Pasar Malam
Antara gerai-gerai yang ada Gerai Sate, Sup Gear Box Utara, Gerai Kambing Bakaq Pak Su, Gerai Bakaq-Bakaq, Roti, goreng-gorengan dan banyak lagi…amboii semua loghat utara ni..



Pencuci Mulut



Amacam TERGODA ke tidak? Tak meleleh ke air liur korang tu.
Korang datang sini tak perlu risau bab parking. Nak park dalam Midvalley ke, nak park tepi bangunan hotel ke…rate parking dalam lingkungan RM5 sahaja, itupun kalau park lebih 5 jam….kalau kurang 5 jam…RM3 saja. Berbaloi tak? Berbaloi lah kan.
Nak dapatkan harga diskaun, kena cepat buat tempahan. Tempah di 03-22958124 / 010-2208124 atau ke www.stgileshotels.com atau emel fnbblv@stgiles.com
Alamat: The Boulevard – A St Giles Hotel
59, Lingkaran Syed Putra
Midvalley City
59200 Kuala Lumpur
Follow hashtag #Boulevardbazariabuffet
#Bazariabuffet
#bazariabuffetatboulevard