Cheese Banjir
Food Review

Jom Buka Puasa Di Cheese Banjir, Kuala Lumpur

Dah jemu buka puasa dengan kambing golek dan nak cari kelainan menu untuk tahun ini, jom buka puasa di Cheese Banjir, Desa Pandan, Kuala Lumpur. Bukan sekadar nama cheese banjir, terbukti memang meleleh melimpah ruah cheese dalam makanan.

Buffet Ramadhan Tema Cheese

50 menu terbaik disediakan…fuhh, banyak tu 50 menu antaranya Meatza, Spageti Bolognese + Cheese, Seafood Spageti Carbonara + Cheese, Beef Grill, Chicken Grill, Dory Fillet, selera kampung Nasi Goreng Cina, Mee Goreng Daging, Asam Pedas Tetel, Ayam Goreng Berempah, Sotong Goreng Tepung dan banyak lagi. Menu dessert pula ada mushroom soup, bubur kacang, bubur gandum, garlic bread, kuih-muih, kurma dan sebagainya. Tak percaya? ini aku letak gambar kasi korang tergoda.

Cheese Banjir

Eh, silap. Korang jangan pula tergoda dengan gambar di atas tu. Aku letak nak tunjuk dekorasi di Cheese Banjir ini, di dinding sebesar alam poster Avengers..meja makan pun ‘rare’ giler. Yang di bawah ini, gambar makanannya…tengoklah puas-puas.. tapi tengok saja tak dapat nak puas hati juga, melainkan korang kena try sendiri.

Cheese Banjir

Cheese Banjir

Cheese Banjir

Cheese Banjir

Cheese Banjir

Cheese Banjir

Cheese Banjir

Cheese Banjir

Cheese Banjir

Cheese Banjir

Sini tak akan jumpa fountain chocolate, hanya ada fountain cheese sahaja. Tak cukup cheese korang tambahlah sendiri.

Cheese Banjir

Baru aku tahu cheese ni sedap sebenarnya. Sebelum ini memang aku tak pernah try pun makan makanan yang ada cheese sebab dalam pemikiran, aku dah set ‘tak sedap dan muak’. Padan muka aku, tak makan awal lagi…sedap ya amat rupanya cheese ni. Masa aku pergi preview buffet ramadhan, berulang-ulang aku makan spageti dan mushroom soup dia.. kenyang aku sampai ke pagi esok.

Cheese Banjir

Harga buffet ramadhan cheese

Mesti korang tak sabar-sabar nak tahu harga buffet ramadhan kat sini kan. Murah beb, bukan RM100, bukan RM90, bukan RM80 dan juga bukan RM70…hahaha, harga macam iklan bisnes. saja aku main-main. Okeylah, harga untuk dewasa RM59 dan kanak-kanak RM39 sahaja. Tapi korang whatsapp Brader Din 013-4153145 atau Brader Amir 018-2036070 untuk harga diskaun. Cepat sebelum 17 Mei ni, kalau tidak harga RM59 lah korang kena bayar.

Lokasi

Lot G10, G-Village , Jalan 1/76 , Desa Pandan , Kuala Lumpur.

Insta www.instagram.com/cheesebanjir
Facebook www.facebook.com/CheeseBanjirOfficial

Jangan risau tentang parking dan surau, semuanya tersedia. Di Cheese Banjir ini boleh memuatkan dalam 150 orang. Meriah buka puasa korang di sini.

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1158 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor

You may also like...

6 Comments

  1. Bestnya…. rasa dah tak sabar nak berpuasa dan berbuka bila tengok senarai menu yg dikongsikan..
    Anuar recently posted…Contest SEO : Pakej Fotografi Perkahwinan. Hadiah berjumlah RM30870 untuk dimenangi!My Profile

  2. Aishhh sedapnyaaa semua menu tuu..
    Yang fountain tu pun cheese ek..memang menjilat jari lee kalau makan ni..

  3. murah sangat-sangat dah ni.. Insyallah,bulan puasa ni.Bolehlah singgah ke sini pula

  4. meleleh – leleh cheese mountain tu ohoi

  5. Rare juga tu kalau berbuka dengan hidangan cheese based😘

  6. dah dekat dengan rumah..cumatunggu ada duit je pergi sini..hehee..teringin makan sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge