Loading...
Perkhidmatan

Jom Bayar Zakat Melalui Zakat Online Cepat, Mudah dan Selamat

bayar zakat online

Tak payah nak jadi keyboard warrior sangatlah, sebar benda yang tak betul. Buat tambah dosa jer. Lepas itu jadi viral, lagi tambah dosa. Issshh. Cara macam inilah, publisiti murahan..tak gitu?

Contohnya lah, korang dapat info pasal golongan asnaf yang tak dapat bantuan. Lepas itu, korang sebarkan tak ada bantuan zakat untuk mereka..mulalah korang tuduh yang pusat zakat tak buat kerja, pusat zakat tak jalankan tugas, pusat zakat makan duit dan macam-macam lagi. Yang sepatutnya, korang kena lapor terlebih dahulu pada pusat zakat pasal golongan asnaf ini.

Golongan Asnaf

Asnaf terdiri daripada golongan-golongan ini yang layak menerima bantuan zakat yang dikutip daripada orang Islam. Ada 8 golongan asnaf yang terdiri daripada:

  1. Fakir
  2. Miskin
  3. Amil
  4. Muallaf
  5. Riqab (seseorang yang terbelenggu tanpa kebebasan)
  6. Gharimin (penghutang muslim)
  7. Fisabilillah (orang yang berjuang kerana Allah)
  8. Ibnus Sabil (musafir)

Korang pernah pergi ke mana-mana website pusat zakat? Tak pernah? Kalau tak pernah korang pergi ke website Lembaga Zakat Selangor. Dari frontpage lagi korang boleh nampak nilai kutipan dan agihan yang dilakukan oleh pihak Zakat Selangor. Korang boleh nampak kerja yang dilakukan oleh mereka, dan korang boleh lapor pada mereka sekiranya ada golongan asnaf yang memerlukan bantuan zakat. Untuk Zakat Selangor, hanya golongan di Selangor sahaja.. lain negeri lain pusat zakat.

Jom Bayar Zakat

خُذْ مِنْ أَمْوَٰلِهِمْ صَدَقَةًۭ تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَوٰتَكَ سَكَنٌۭ لَّهُمْ ۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ۝

Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Surah At-Taubah (ayat 103)

وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ۝

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat. Surah An-Nur (ayat 56)

Zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib. Seseorang muslim yang mengingkari kefardhuan zakat boleh mengakibatkan murtad. Manakala individu muslim yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipannya adalah berdosa besar. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menguruskan kutipan dan agihan zakat.

Kempen Zakat Online

eZakatPay merupakan satu kaedah pembayaran zakat secara online di www.zakatselangor.com.my.
Ia merupakan satu platform transaksi kewangan secara ONLINE yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Antara bank-bank yang boleh membuat bayaran melalui E-Zakat Pay:

bayar zakat online

Pembayaran melalui kaedah ini terbuka kepada pembayar-pembayar yang mempunyai Akaun Simpanan atau Semasa dengan Agen Kutipan yang dilantik dan mendaftar sebagai pengguna kemudahan perbankan internet. Ia nya sangat mudah, cepat dan selamat.

bayar zakat online

Cara Pembayaran Zakat Online

Klik BAYAR SEKARANG . Mulai 15 November hingga 31 Disember 2018 korang berpeluang menyertai Kempen Zakat Online Fpx dan memenangi hadiah berupa telefon bimbit, tablet atau lain-lain hadiah saguhati.

bayar zakat online

Sebarang maklumat dan pertanyaan, korang boleh layari laman web

https://www.zakatselangor.com.my/

atau boleh berhubung dengan  Puan Norhazirah (012-629 6791) / Encik Hatta  (019-3880 573)

SERTAI SEKARANG!!

About emarieys

Ema has written 1218 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

9 comments
Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE