Jimba di Desa Water Park

Desa Water Park ini yang paling dekat dengan rumah untuk bawa anak-anak berjimba dalam kolam renang. Dapatlah berjimat duit sewaan hotel ataupun homestay. Nak jimat lagi google groupon, dapat diskaun harga tiket masuk. Murah untuk hari biasa dan hari minggu tapi tidak kalau hari cuti umum.Pernah kena sekali, beli tiket diskaun melalui groupon, pergi hari sabtu dan terlupa yang hari sabtu tu hari cuti Awal Muharram. Terpaksalah patah balik ke rumah. Esoknya, baru kitaorang pergi balik. Nasiblah dekat dengan rumahkan…tapi anak-anak dah masam mencuka, sebab tak jadi masuk. Biasalah merajuk budak kecik yang tak sabar nak mandi kolam.

Desa WaterparkHarga tiket biasa untuk dewasa RM 35 dan Kanak-Kanak RM 25. Lebih mahal dari Gambang Water Park punya harga. Bila beli tiket di groupon, banyak dapat dijimatkan.

Desa Waterpark1Dari pagi hingga ke petanglah juga bertapak kat dalam water park. Puas hati betul anak-anak, sampai berubah warna kulit yang memang dah gelap tu. Diaorang apa kisah sangat pasal warna kulit pun, yang diaorang kisah dapat mandi sakan. Dah masuk dalam pun, tetap kena sediakan duit untuk sewa pelampung dan loker. Eloklah sewa loker untuk simpan barang berharga. Silap-silap haribulan punya syok mandi, barang berharga di kebas orang.

Desa Waterpark2Aku yang memboyot pun tetap terjun kolam juga. Apa aku kisah boyot ke tak boyot janji tiket dah beli. Masuk sekadar tengok orang mandi buat apa. Sakit jugalah pinggan belakang aku, kesan ombak buatan mesin dalam kolam ni.

Desa Waterpark4 (Resized)

Desa Waterpark5 (Resized)

Desa Waterpark15 (Resized)Agak bahaya juga bila dipasang ombak, pelampung pun boleh terbalik.

Desa Waterpark16 (Resized)Paling tak suka harga makanan kat dalam mana-mana water park. Tak kisahlah kalau tak benarkan makanan luar dibawa masuk. Tapi pihak pengurusan juallah dengan harga yang berpatutan sikit. Ini letak harga mahal. memang kaut untung lebihlah. Mahal tetap juga orang akan beli. Dah main air, memang laparlah lepas tu.

Desa Waterpark10 (Resized)Punya aku berjimat, satu botol air mineral dan seberkas nasi lemak aku beli kongsi 4 beranak. Dalam laman web desa water park, nampak macam sedap je nasi lemak, sekali dalam nyata, sedap lagi nasi lemak kat gerai. Sudahlah pedas sangat, nasi pun sejuk.

Desa Waterpark9 (Resized)Alahai tak ada ombak langsung. Kena tolak sendirilah pelampung ni.

Desa Waterpark7 (Resized)

Desa Waterpark6 (Resized)Kawasan Desa water park memang luaslah dan banyak kawasan boleh redah cuma ada sesetengah  tempat untuk bermain ada yang rosak. sepatutnya, jangan tunggu lama untuk baiki kan. kalau budak-budak tak perasan bermain, boleh mendatangkan kecelakaan.

Desa Waterpark13 (Resized)

Desa Waterpark12 (Resized)Dari pagi sampai petang aku tunggu, bilalah nak keluarnya air dari tempat gelongsor di atas ni. Rupanya jam 3 petang baru ia mula. Berderet orang beratur nak bermain Thunder Bolt. Itupun hanya dibuka untuk setengah jam je kalau tak silaplah.

Desa Waterpark18 (Resized)Dah keluar air dari gelongsor baru ada meriahnya.

Desa Waterpark19 (Resized)

Desa Waterpark14 (Resized)Budak ini tengah merajuk lagi sebab dah terbalik dari kolam. Sekali ayahnya tarik pelampung, dia terjatuh dalam air. terus tak nak main lagi. Baru lepas okey main gelongsor, akibat fobia main gelongsor di Gambang Water Park. sekarang dah takut nak naik pelampung pula.

Desa Waterpark17 (Resized)

Desa Waterpark8 (Resized)

Mengisi hari-hari cuti sekolah, bawa anak-anak mandi kolam pun diaorang rasa happy sangat.

About emarieys

Ema has written 1179 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

About Author

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

(13) Comments

  1. seronok budak2 enjoy kan.

  2. rindu zaman kanak-kanak, tpi dah tua tua ni p jugak tempat cm ni best…

  3. Dekat je ni, tapi tak pernah pulak bawak budak2..hehe
    Aishah recently posted…6 tabung untuk mengurus duit lebih baikMy Profile

  4. seronoknya bebudak tu dapat berendam kan ema, jaga kesihatan ya ema, seronoknya nak dpt ahli keluarga baru
    ajumohit recently posted…Lakonan kedua Nuffnang Blogbuster CampaignMy Profile

  5. 1. Harga makan mana-mana water park memang mahal
    2. Cuti sekolah mana-mana water park penuh
    3. Kuat lagi Ema membawa perut sambil bermain ye:)
    Kakzakie Purvit recently posted…Abang pizza makan pizzaMy Profile

  6. Bestnya anak-anak Enjoy main water park..
    Tu lah kekadang kena buat skill hide and seek food untuk bawa masuk 🙂
    emalin mohd recently posted…Bahaya Hb Rendah Pada Wanita HamilMy Profile

  7. Ada beberapa kawan beri komen positif mengenai Desa Water Park ini. Ada peluang nak buat famili mandi disini.
    akubiomed recently posted…MI Powerbank penyelamat bila diperlukanMy Profile

  8. Nampak mcm tak ramai sangat org waktu ema pegi ni. Seronok sikit nak berjimba kalau tak penuh dlm kolam tu kan. Nasik lemak mahal tu berapa harga?

  9. Selalu lalu sini. Tapi tak pernah masuk lagi. Blh tahan rega tiket tu yer.
    Fiza Rahman recently posted…Fenomena New Moon | #PrayforPantaiTimurMy Profile

  10. ha ah betul la sis makanan yang dijual kat taman tema memang mahal, kalau sedap sangat pun tak apalah juga kan.

    Seronok la anak anak sis ema dapat main air 🙂
    puteri kasih recently posted…Pesawat AirAsia Dari Surabaya Ke Singapura Hilang?My Profile

  11. Tengok gambar, rasa nak pergi pula hehe
    Ani Haryani recently posted…Seorang Ayah Pasti Risau Akan Anak Perempuannya Kan!My Profile

  12. memang seronok bawa anak2 mandi kat water park….bkn anak2 je…mak dgn ayah pun sama…hehe
    NOREHAN SAAD recently posted…TIADA SELERA MAKAN KETIKA HAMILMy Profile

  13. Bestnye…

    Paling seronok tentulah anak2 kan 🙂
    Myra Jay recently posted…Cubaan Bercucuk TanamMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE