Jemput datang ke rumah…

Minggu yang sangat-sangat busy. maklumlah jamuan raya sana sini.jemputan kahwin sana sini. majlis anugerah sana sini. sedikit kecewa sebab tak dapat hadir ke Majlis Anugerah SM/SSM bisnes korset premium beautiful di Cheras tempoh hari. lagipun semua ahli keluarga di landa demam.

“Jemput datang ke rumah saya petang ini”

Oh, bukan saya buat open house tau. tahun ini tak berkesempatan nak buat. INSYAALLAH next year. lagipun macam-macam benda yang berlaku sejak dua menjak ini.

Pagi sabtu, terdengar bunyi ketukan pintu rumah sayup-sayup. time tu aku tengah menjerit kat anak-anak yang bermain air dalam bilik air. bila buka pintu, jiran sebelah rupanya. jiran sebelah menjemput datang ke rumah pada petang sabtu.

Jiran rumah ini, baru pindah sini. tak sampai setahun lagi. rumah baru siap. dan kami jarang berselisih. kalau berselisih pun hanya balas senyum jer. borak pun jarang sekali.  kalau di kira baru dua kali. first, masa dia buat kenduri masuk rumah baru dan kedua masa open house tahun ini. itu bukan tandanya sombong tau..tapi penyegan yang lebih. hehehehe.

Dan hari sabtu itulah, baru aku tahu nak panggil nama jiran ini apa. sampai gitu sekali kan.

Awal petang tu, kami keluar nak buat gambar passport azwa. balik rumah dah nampak ramai orang dah bertandang rumah jiran ini. pastu suami jiran nampak kami keluar dari kereta terus angkat tangan dan menjemput lagi sekali.

Dapatlah kami merasa nikmat cendol bie ini. si azwa nak tambah tapi aku yang tak kasi…hehehehe.

cendol bieNasi minyak yang sedap dari Seri Ulik Katering. Katerer yang ada di kampung kami.

jamuan hari raya

Malamnya, sekali lagi ada open house di tadika azwa. keluar rumah malam tu. kereta memang penuh di depan rumah. Maklumlah, jiran ini ada hubungan saudara dengan KUNA dan lagipun bapa mertuanya orang ternama kat kawasan kampung kami. huhuhuhu.

About emarieys

Ema has written 1263 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge