As Salam Semua
Selamat Datang ke Melaka
macam pemandu pelancong pulak….
apa yang menarik dan tertarik kat sini…
jom…kita tengok…
perjalanan saya selama 2 jam cukup aman sekali
biarpun cuaca di luar sana sangat-sangat panas ‘ting-ting’
ini kali kedua saya terjah ke Melaka atas sebab yang sama… kursus…
first sekali, harus menuju ke tempat penginapan di Hotel Equatorial.
dengan menggunakan gps pun masih tidak boleh jumpa
asyik berpusing di tempat yang sama…
akhirnya, berhenti makan tengahari (perut memasing dah kebulur)… dan bertanya dengan pengusaha restoran tu….
sini jalannya banyak one way…. terutama sekali jalan ke bandaraya….
bila sampai ke hotel nak check-in.. ada satu masalahlah pula
nama saya tak ada dalam senarai booked…
hanya ada nama bos saja….
hah, sudah…mulalah terasa gelisah…
mahu tidur kat mana kalau tak ada bilik kan…
si kakak pun dah kepenatan ni….
bos pula tak sampai lagi masa tu…
hampir sejam nak selesaikan masalah tu…
diaorang tertukar dengan surat dari opis kami
tertukar antara kementerian dalam dan luar saja…
dah setel, terus saya terjah ke bilik… di tingkat 7…
anak-anak saya tercari-cari di manakah biliknya…
inilah view dari bilik saya…
boleh nampak Dataran Pahlawan yang bersebelahan saja dengan hotel..
harus diterjah ke sana….sudah, semestinya…..
nasib baik saya bawa digi broadband
tapi linenya sangat slowlah..
nak pakai kat hotel ini…
ah, tak kuasa menghabiskan RM saya semata-mata internet ini…
ke mana pula selepas ini…..
tunggu next entry…