Loading...
Bisnes

JBR Bundle Hulu Langat Buka Tokol Setiap Sabtu dan Ahad

jbr bundle

OOTD orang, baju ada harga, OOTD ambo baju 2nd hand jer. Hahaha, ada aku kisah. Baju sehelai RM2 pun boleh bergaya kemain lagi wey. Handbag pun cap 2nd hand jer ambo.

JBR Bundle

Ada sekali ambil tokol tshirt dengan JBR Bundle di Banting. Nak asing satu-satu memang penatlah. BeratusĀ  helai juga tshirt ada dalam satu tokol. Ada yang berharga..ada yang aku buat lap kaki jer…. Sejak Mr Ery beli barang 2nd hand dalam jumlah besar ni, baru tahu yang mana ada harga dan yang mana harga biasa. Masih berlambak lagi tshirt dan seluar hiking kat rumah. Tak tahulah tu bila nak mulanya. Kadang naik serabut biji mata tengok berlonggok..tapi diam sajalah. Tak boleh nak bising, dah itu minat dia.

Baca: Timbunan Pakaian Bundle di Kelantan

Masa balik dari chalet cabar diri, singgah kedai JBR Bundle Hulu Langat punya. Itupun terperasan masa nak pergi ke chalet. Mr Ery siap pesan ingatkan dia untuk berhenti. Tak tahulah nak cari apa pula kat sini kan.

jbr bundle

Kononnya, Mr Ery yang minat sangat… padahal diri sendiri pun sama. Pantang tengok harga murah..RM2 untuk satu helai tak kira langsir, baju, seluar, topi segala. Siap terus bersila atas timbunan. Anak-anak yang tidur dalam kereta sanggup pergi kejut.hahahaha. Tengok, muka tak cukup tidur. Kalau tak dah menangis ni, tapi dah dibodek dengan anak pantung…senyum jerlah yer Ayra.

jbr bundle

Sebab lewat sampai dari jam dia buka tokol, tak banyak pilihan sangat. Dapatlah dua tiga helai baju tshirt untuk anak-anak. Nak cari langsir pun tak cukup korum. Dah disambar orang..tengok setiap orang berbakul-bakul tingginya.

Kat sini siap-siap disediakan bakul besar untuk isi barang..Nanti pilih-pilih yang elok kemudian. Di sebelah dengan tempat yang dibuka tokol, ada yang dah disangkut disusun elok… tapikan macam tak ada feel beli yang disangkut padahal harga pun sama. Nak juga berebut. Bila dirisik-risik jam berapa selalu diaorang buka tokol, katanya jam 12:30 tengahari dan 8:00 malam. Okey, lepas ni pergi serang time ni….baru syok habis.

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1171 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

2 comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE