Assalamualaikum.

Make Up Photoshoot Dari Jemariku Ct Aischa

Puas hati sangat dengan hasil sentuhan makeup dari Ct Aischa. MUA dari Gombak, Selangor. Sampai sekarang tak boleh move on, melayan gambar-gambar MamaEma yang di make over olehnya. MamaEma tak pernah jumpa dan tak pernah kenal  pun siapakah orangnya yang akan makeup kan MamaEma untuk Photoshoot Raya KBBA9. Hampir dengan hari photoshoot, MamaEma try test market di facebook. MamaEma tulis satu status di facebook sedang mencari penaja untuk makeup, baju, kasut, tudung bagai. Kalau tak dapat mana-mana penaja pun, pandai-pandailah buat sendiri nanti. Seorang kakak blogger Kak Roshidayu tag nama seseorang bernama Ct Aischa. Terima kasih kak. Atas pertolongan akak, dapat juga orang yang sudi makeup kan untuk MamaEma.

Segan Dengan Dia Yang Datang Tepati Masa

MamaEma sendiri naik segan dengan MUA Ct Aischa ni. Sebab apa? Sebab dia boleh sampai dulu dari MamaEma. Malu sungguh dengan dia. Datang dari Gombak boleh sampai dulu dari MamaEma yang dah dekat dengan lokasi photoshoot. Dalam perancangan makeup akan bermula jam 7.00 pagi, tapi disebabkan MamaEma lewat sampai, jam 7.30 pagi baru mula. MamaEma terlewat atas sebab perlu tunggu anak-anak naik van sekolah dulu. Mereka ada sukan tahunan. Bila terima mesej MUA dah sampai terus kelam kabut bergegas ke lokasi. Rasa bersalah sebab MUA yang tunggu. Dalam keadaan yang basah baru lepas hujan, tercari-cari bilik untuk berdandan. Dan akhirnya akiviti makeup berjalan dengan lancar dan siap make up selepas 1 jam.

 

 

 

 

Orang Tak Kenal Siapa MamaEma

Selepas siap makeup dan breakfast, terus pergi ke lokasi photoshoot. Memandangkan masih ramai tengah bersiap, MamaEma join dengan blogger-blogger yang dah ready. Ada yang tengah bergambar dulu. Segan tolak ke tepi, MamaEma pun menyelitlah juga. Time ni, MUA MamaEma tolong ambilkan gambar kami berposing. Ya Allah, sungguh baiknya kamu Ct Aischa. Dahlah nasi lemak untuk breakfast pun dia yang tolong ambilkan.

 

 

Sebelum dan Selepas Make Over

Wajah yang kusam tanpa secalit makeup dan tak cukup tidur ni. Jam 3.00 pagi baru terlelap, jam 5.30 pagi dah bangun bersiap. Eksited dan tak sabar nak tunggu hari esok. Hahaha. Tidur lewat sebab perlu kemaskan rumah dan siapkan pakaian untuk balik ke Kelantan selepas selesai photoshoot. Orang tak cukup tidur, mata bukan main lagi sembab nya. Dah tanggal cermin mata lagi nampak mata ke dalam. Tapi hasilnya selepas makeup, orang pun dah tak kenal dan cam siapa. MamaEma suka hasil makeup dari Ct Aischa yang tekankan bahagian mata. Paling suka tang kening. Kening MamaEma jenis yang pendek dan tebal. MamaEma tak pernah pakai contact lens, hari kejadian pun MamaEma tak cari contact lens. Takut sebenarnya nak pakai. Kalau bercontact lens lagi orang tak kenal kan. Dan inilah hasilnya…

 

 

 

 

 

 

Terima kasih MUA Ct Aischa  makeup untuk MamaEma. Terima kasih juga pada my big boss Mr. Ery. Paksa bangun awal pagi, hantarkan dan jaga Ayra Sufia sepanjang photoshoot berjalan. Koleksi Dress dan tudung dari koleksi MamaEma sendiri. Dress yang MamaEma pakai ni, dress hari raya haji 3 tahun yang lepas.

 

 

Kredit pada kak Saidila  yang rajin tag nama blogger-blogger yabg terlibat dalam photoshoot raya KBBA9. U all boleh follow ig mereka yang semuanya vogue.

 

Antara senarai penaja-penaja MUA lain yang terlibat untuk makeover blogger-blogger KBBA9. Ada MUA yang datang dari Perlis dan Negeri Sembilan.

 

  1. Ema by jemarikuct_aischa
  2. Yanie – sitinurfatehah
  3. Saidila – m.u.a_byilahamzah
  4. Athirahassin – alinaothman
  5. Shazillah sani – makeupbyninanizam
  6. Syima – afifahbakri
  7. Mas  – yayabebeh.makeup
  8. YB Shehan – akid.anuar
  9. Nina Mirza – lizamahizan
  10. Moha/kecik/Azura/Ieta/Fiza/Yanty  – theblushguru
  11. Dell – afifahbakri
  12. SS dan MamaKembarTiga – faeezah_pija
  13. Qaseh / Sueizza – hamidahmatshafie
  14. Ayue – emily.aisya
  15. CikMa QueAchmad – nyonyahanna
  16. Kak Laila – kartina_khanib
  17. Azni – ezzaharon
  18. Cik EN – elsbyeliyana
  19. Bella – surayasufian
  20. Nadia johari – lindaus
  21. Umminani / Ujang – lilybeautyfacial
  22. Yulia Fajrin – nurfahazliani

 

Selepas habis shoot gambar individu, MamaEma mohon untuk balik. Kejar masa untuk bertolak ke Kelantan. Tak sempat nak merasa masakan ala-ala kampung yang disediakan oleh pihak Muzium Warisan Melayu UPM. Semua bagitahu masakannya sedap sangat. Rugi betul. Tak apalah, kira tak ada rezeki pada hari itu. Yang penting dapat bersama-sama untuk photoshoot ramai-ramai.

 

 

Nak balik Kelantan, tak nak cuci make up sebenarnya. Hahaha, sayang lah nak cuci. Tak puas tengok muka sendiri. Kepoyoon tetap ada di situ. Jika dah diberi cuti ABC, memang sampai ke malam lah makeup ni melekat kat muka. Nak dapatkan khidmat hasil sentuhan dari jemariku Ct Aischa boleh contact beliau di talian 019-9851012 atau fb : Ct Aischa. Memang u all tak akan menyesallah dengan hasil jemari dia. Terbaik.

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

5 Replies to “Jatuh Hati Dengan Sentuhan Jemariku Ct Aischa MUA Photoshoot KBBA9”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *