Jalanraya kami punya!!!!

Dua tiga hari lepas, bunyi bising lori di depan rumah tapi tak keluar pun. malas nak layan. layan tv lagi bestkan. dari pagi sampai ke petanglah bunyi bisingnya. tapi tidaklah sampai membingit telinga.. bila mr. ery balik dari opis dia cakap ” mama tak tengok ke orang buat jalan kat depan”. aku cakaplah tak..sebab memang tak tengok dan intai pun. pastu mr.ery cakap lagi “jomlah, kita pergi depan, ramai yang bermain kat atas jalan tu.”

macam best pula bunyinya..aku bawa aqeel ke luar rumah..

memang jalan tengah lengang..budak-budak pun buat tempat main jea..ada tengah main lari-lari..ada main basikal dan ada main badminton…dah seperti jalanraya ini kami yang punya…so, no kereta boleh masuk

aqeel pun bergaya di tengah-tengah jalanraya tu. boleh nampak tak lori kat belakang aqeel yang tengah perata jalan…naik perit hidung bau dia..

dan azwa pula lewat sikit keluar rumah sebab baru siap mandi..tak sahlah kalau tak ambil gambar dia sekali… siap dia cakap lagi “ala, mama ambil banyak gambar adik, kakak tak ada pun”…so, layanlah si kakak ni.

lega dah tak ada lubang-lubang..harap jalanraya ini akan bertahan lama..maklumlah serba serbi kenderaan keluar masuk melalui jalan ini.

About emarieys

Ema has written 1258 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge