jalan-jalan key el wif SIL dan MIL

sudah agak lama mamaema tak ke KL..eh..eh.. betul ke dah lama erkh..rasanya sebulan pun tak sampai…baru saja minggu lepas ada kursus kat International Kuala Lumpur Hotel area chow kit tue…itu time berkursus now time nak jalan-jalan saja…mamaema ikut diaorang pergi KL…diaorang nie nak beli manik2 dan mamaema pun tumpang sekaki mahu beli kain lining untuk customer yang beli kain dengan mamaema tempoh hari……oppss.. korang tak tahukan mamaema kan mahu jadi businesswomen yang berjaya INSYAALLAH…AMIN semua….

Mr. Ery tak ikut….dan kakak pada asalnya mahu ikut sama…tapi bila ayahnya cakap “sian kat ayah duk sorang2 kat umah, ayah takut dok sorang2 kat umah, kakak tak sayang ayah…” … lepas jea ayahnya cakap gitu terus kakak tidak jadi nak ikut… dan minta mamaema belikan coklat sebagai upah…huhuhu..sayang betul kat ayahnya….

pelbagai jenis manik..labuci…lace..benang…. dan macam-macam lagilah… so colourful…. kedai sinilah MIL dan SIL membeli barang untuk jahit manik2 kat baju customer tue… MIL seorang tukang jahit….dan SIL nie hanya jahit manik saja…. so ada sesiapa nak tempah… just inform mamaema erkh..cewah sempat lagi promote nie…

nak beli nie konpem kena bawa sample kaler kainnya…kalau tidak boleh tertukar la…

terpaksa mamaema dukung aqeel nie…menangis ketakutan dia tak mahu duduk dalam beg kerusi sandang belakang yang SIL punya… tak biasa dan penakut betul… sangat terasa kelenguhan mendukung si dia…. sakit wei tangan ku…..

selepas singgah kedai manik nie…kami pun singgahlah kat kamdar sebelahnya…mak aiii ramainya orang beli kain pasang…masih ada lagi ke yang nak ambik tempahan nie…or maybe jahit sendiri kot… mamaema pun dapat juga beli kain liningnya…tp ada satu kisah pasal kain lining nie… kisahnya terbeli dua pula kain lining ni..satu mamaema yang beli dan satu lagi MIL yang beli… coz mamaema beli kat tingkat LG dan MIL beli kat tingkat G…. ini diaorang punya staff la punya pasal..masa kat tingkat G tue kaler kain lining tu tak ada kat situ. pastu diaorang minta turun ke bawah..so mamaema turunlah ke bawah dan memang ada kaler yang nak tue dan teruslah cakap nak 4 meter pastu gi bayar kat kaunter… entah macam mana bila dah keluar dari kamdar tue…MIL tanya mamaema pergi mana… mamaema cakaplah pergi beli kain lining tue kat tingkat LG… MIL pun cakap.. ” la, ma pun beli juga”…. rupa-rupanya staff perempuan tu bawa turun gulungan kain lining tue…dan staff yang lelaki tu minta mamaema turun ke tingkat LG…. terlebih sudah….

ingatkan sempatlah nak jumpa sepupu mamaema kat kl… sepupu dari Kluang, Johor..datang nak shopping tudung2 untuk jual kat bazar ramadhan area umahnya… tapi tak ada rezeki..coz dia lewat sampai..dan masa dia nak menyinggah kat umah on the way balik pun dah terlepas simpang… rindu sangat nak jumpa sepupu ni… dah bertahun tak jumpa..padahal kl ngan kluang tue tidaklah jauh manapun..tapi apakan daya…. ada saja halangannya…

sebelum balik umah..sempat lg singgah kat chow kit…SIL tgh mencari kedai yang menjual bahan-bahan dan alatan kek… kedai pembekal..so harganya murah… SIL nak buat cupcakes dan biskut2 raya.. so tungguuuu maybe dapat rasa…. sampai kat umah dah tersedia lauk pauk yg telah di masak oleh mr. ery…tq so much dear…. penat sungguh…

About emarieys

Ema has written 1249 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge