Nak luangkan masa dengan family tapi susah kan nak kumpul dengan semua ahli keluarga? Alasan apa yang selalu kita dengar? Alasan tak ada cuti la, cuti tak sama la, kena on call time cuti la, bajet ciput la, tak ada masa tak berkesempatan kan. Sampai bila-bila tak bercuti, jika selalu bagi alasan kan. So, idea paling senang untuk semua dapat berkumpul time weekend dengan percutian pendek tapi padat. Okey since dah decide yang MamaEma satu family nak berkumpul time weekend untuk shirt trip, the LOCATION of the trip itself. Jadinya, selepas bincang-bincang dengan semua orang (okay, bukan semua orang yang ada di Malaysia ni, MamaEma satu family la bincang..hehehe) MamaEma pon decide, nak pergi ke Port Dickson!
Port Dickson
Eh, kenapa pula Port Dickson? Dari segi lokasi dia memang strategik, kalau dari Kuala Lumpur, lebih kurang sejam 15 minit drive kereta. Kalau gerak dari rumah MamaEma kat Sungai Besi ni, lagi dekatlah jawabnya. Port Dickson ni kan memang tempat orang biasa pergi escape life dari KL yang memang hectic giler tu. Kalau drive KL atau dari Johor pun, akan keluar tol Port Dickson (Exit 219). Lepas itu ikut je arahan ke Port Dickson yang akan bawa korang menghala ke Seremban-Port Dickson Highway (SPDH). Lebih kurang 28km drive ke SPDH, keluar tol Lukut (Exit 2903) ikut je jalan tu sampai la ke Port Dickson. Hahaha, kan MamaEma dah pandai jadi juruarah ni.
Tidak dinafikanlah, di Port Dickson memang banyak hotel-hotel yang cantik, harga pun murah, makan pun sedap. MamaEma teringin sangat nak stay di hotel yang cantik dan unik terletak kat PD. Lepas buat research, MamaEma makin pening lak, sebab tak tau nak pilih yang mana satu hotel yang berkenan di hati. Lepas shortlisted kan semua hotel yang MamaEma rasa cool and cantik, MamaEma pun dapat la satu hotel yang menarik dari pandangan MamaEma ni top two hotel Port Dickson. Nak cari hotel kat PD ni tak susah sebab tempat ni memang antara pusat pelancongan utama Malaysia, jadi ada sangat banyak pilihan hotel daripada 5 bintang, sampai yang tak ada bintang pun ada. Ikut la citrasa dan bajet masing-masing kan.
Hotel Grand Lexis Port Dickson
First, Grand Lexis Port Dickson . Hotel ni serious cool gila. Ada private pool kat setiap bilik. How awesome was that?! Hotel ni ada 3 jenis bilik: Above The Sea, Garden Living and last sekali Sky Living. Nama bilik-bilik ni pun, korang dah dapat bayangkan sendiri la kan location dia macam mana kan. Setiap jenis bilik pun ada rekabentuk ngan layout dia yang tersendiri. Bilik memang besar gila and ada yang pool kat dalam, ada juga yang menghala ke luar, so leh la berenang renang fefeeling nak menghadap langit.

Hotel kedua dalam senarai MamaEma, tak lain tak bukan Avillion Hotel Port Dickson. Pernah sekali MamaEma pergi hotel ini tapi tak bermalamlah. Itu pergi atas urusan berkursus. Walaupun hotel ini takde indoor pool, tapi chalet atas air yang menghala ke laut pemandangan Selat Melaka and paling excited sekali is the spa service that is available at the hotel. Alang alang nak berehat kan, pekena spa dengan urut, baru la betul betul relax. Keliling kawasan hotel ni penuh dengan pokok pokok hijau untuk menambahkan lagi rasa back to nature kat hotel ni.
Lepas mempertimbangkan banyak faktor, MamaEma nak pilih Grand Lexis Port Dickson juga sebab MamaEma nak ambil bilik yang ada indoor pool. Sebab? sebab faktor aurat la terutamanya muslimah. Nak seronok seronok berenang, kena la yang selesa tak payah nak fikir orang lain nampak aurat kita. Ha kalau kau ambik bilik yang infinity pool menghadap luar tu, tak pasal pasal nak berenang dalam bilik sendiri kena pakai tudung sebab takut orang lain nampak. So since MamaEma ambik bilik yang ada indoor pool, semua orang nak happy lebih-lebih lagi anak-anaklah kan. Hah, berenang lah korang sampai lebam. Nak tidur dalam kolam pun dipersilakan. Sanggupkah?

Booking Online Melalui Traveloka
Memandangkan MamaEma dah decide hotel ni, kitorang pon proceed je book hotel ni online. Serious kalau nak cari hotel, senang online je sebab dia akan bagi semua information la. Daripada harga, sampai la ke perkara remeh temeh macam ada meja ke tak, pon dia akan bagitahu. Kalau taip je hotel Port Dickson, semua hotel yang ada kat PD tu akan keluar, so pilih la nak yang mana. Paling best bila ada promotion. MamaEma book hotel ni pon dengan Grand Lexis promotion. Memang berbaloi. Yeahh, jom cuti.
Selepas ke Port Dickson, MamaEma dah plan awal nak cuti-cuti ke tempat jauh sikit. Nama-nama hotel pun dah di senaraikan. Pantang nampak harga murah dan hotel pula cantik. Rambanglah mata MamaEma bila buka web traveloka ini. Mood cuti on now.
Seronok betul kakak rasa macam nak pergi sekarang juga
Tempatnya menariklah..
Kakzakie Purvit recently posted…Sanah Helwah Mak Zah
bestnya kalau jarang-jrang sekali dapat bercuti ngn family.. banyak jugak lokasi menarik kat sekitar ni, tak perlu sampai ke luar negara pon dah best
Dkna Abza recently posted…Mana Nak Cari Donut Rainbow ?
Nak duk Grand Lexis tu menjadi idaman. Masih tercari2 kot ada kupon harga bawah RM300..
Amran recently posted…Amaran Dari Google
bestnya makan angin, memang idaman nak stay kat grand lexis ni ema
ajumohit recently posted…Buggy Stroller yang ringan, mudah lipat dan jimat ruang
teringiiiinnn sesangat nak menginap kat hotel grand lexis ni. bawak anak2 berendam 24 jam la kot dah kolam ada dalam bilik je. hihihi…kat penang pun baru bukak hotel grand lexis ni.
Bestnya ke port dickson. Tak payah susah payah nak ke luar negara.
Nama je dekat kat rumah di Seremban..tak pernah sekali pun lepak sini…one fine day la
Suria Amanda recently posted…Lempeng Bekal Dari Ibu Berjaya Naik Pesawat!