Loading...
PendapatPutaran Masa

Isyarat Nyalaan Lampu Depan Kereta Arah Bertentangan

puas nak letak tajuk apa. korang faham tak tajuk entri kat atas tu. mari nak explain kat sini.

bila bawa kereta mahupun duduk di sebelah driver atau duduk di belakang driver, tetiba kereta arah bertentangan dengan arah kita kasi lampu banyak kali. ia berlaku pada hari siang mahupun hari malam. waktu malam, memang kena pasanglah lampu kalau tak jalanraya pun tak nampak. tapi bila kereta arah bertentangan bagi nyalaan lampu ‘kelip-kelip’ (nyalaan lampu besar kecil) banyak kali, kita sebagai driver atau penumpang kena berwaspadalah.

itu tandanya, di depan arah yang kita tuju mungkin ada sekatan polis, JPJ atau kemalangan. sebab itu ada orang bila nampak kelipan lampu, ada yang akan berhenti kereta atau buat pusingan. sah-sah takut dengan kesalahan.

pernah sekali nak balik kelantan, ada kereta arah dari kelantan bagi isyarat lampu depan banyak kali. masa tu tengah malam dan jalanraya pun tak ada lampu jalan. gelaplah juga. dah agak, mesti ada sesuatu kat depan sana. memang berlaku satu kemalangan di selekoh dalam keadaan jalanraya yang gelap tanpa cahaya. bila dah melepasi tempat kejadian, dengan sifat bertanggungjawab, kitaorang pun bagi isyarat lampu depan kepada kereta arah bertentangan yang hampiri tempat kejadian. takut juga, kalau lori-lori besar tengah laju lalu kawasan kejadian tidak sempat membrek. rasa seronok pun ada bila masa bagi isyarat lampu tu. ada juga yang membalas tanda terima kasih kerana bagitahu. isyaratnya, diaorang pun kasi nyalaan lampu juga.

so, hati-hati bawa kereta yer.

About emarieys

Ema has written 1238 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge