Pendapat

Isu Nama Anak Sama di Kalangan Orang Terdekat

As Salam Semua

sampai awal opis tadi. naik motor sama mr. ery pergi kerja. hari inikan ada perhimpunan 901 (betul ke?) kat depan Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta kan. tak kuasa nak bawa kereta. konpem jalan jem punya.

tak berapa minat sangat nak layan pasal kisah Anwar Ibrahim ini walaupun tahu serba sedikit pasal dia bersalah atau tidak. tak nak blog mama ema ini dicemari dengan isu politik yang pasti tak akan habis-habis. okey stop.

nak kongsi mengenai isu nama anak sama di kalangan orang terdekat. contoh antara saudara mara, sepupu, adik-beradik malah kawan sendiri. ada yang ambil kisah ada juga yang tidak ambil kisah.

semalam, masa bawa anak-anak ke taman permainan. terdengar seorang budak memanggil nama ‘aqeel syafiq’ (ema ikut ejaan nama anak ema ye). ingatkan budak tu kenal dengan anak ema. tapi jangkaan ema salah. rupanya budak itu panggil nama adiknya. boleh pula sama nama pada sebutan. tak pasti ejaan macam mana.

ada satu kisah ini nama anak sama di kalangan kawan. yang menjadi isu, orang itu tak beberapa suka bila orang yang satu lagi berikan nama anak sama dengan nama anak dia. ibaratkan nama anak ditiru bulat-bulat (ejaan yang sama).

kenapa perlu menjadi isu? salah ke letak nama anak sama antara orang terdekat?

jika nama yang diberikan itu mempunyai maksud yang baik. tidak akan menjadi isu nama anak ditiru. betul tak?

About emarieys

Ema has written 1151 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
0 Shares

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge