Isu Halal Dan Tidak Halal Yang Cepat Viral

Bab menyebarkan perkara-perkara yang tidak pasti, yang tidak betul, hati-hati yer.. nanti akan menjadi fitnah kalau korang sebarkan. Lebih-lebih lagi yang melibatkan isu halal dan tidak halal. Memang sangat sensitif. Betul tak? Belum disahkan apa-apa, terus disebarkan tanpa selidik terlebih dahulu. Atas tujuan apa sebenarnya?

Bahagian Hab Halal, Jakim

Nak dapatkan kepastian mengenai isu halal dan tidak halal sangat mudah. Caranya pergi ke laman sesawang Jakim di  atau install aplikasi SMART HALAL atau ke Facebook Page Hab Halal, Jakim

MamaEma bersama ahli Kelab Blogger Ben Ashaari berkesempatan untuk menimba ilmu tentang halal dan persijilan sijil halal. Isu yang paling cepat diviralkan di Malaysia iaitu makanan halal. Semua makanan dianggap halal kecuali :

  • Daging dan produk babi
  • Haiwan yang tidak disembelih dengan sempurna atau mati sebelum penyembelihan
  • Haiwan yang tidak disembelih atas nama Allah
  • Alkohol dan semua bentuk minuman yang memabukkan dan berbahaya
  • Haiwan karnivor, burung pemangsa dan haiwan darat tanpa telinga luar
  • Perosak seperti tikus, lipan, kala jengking dan haiwan lain yang serupa dengannya
  • Haiwan yang dilarang dibunuh dalam Islam, contohnya semut, lebah, labah-labah dan burung belatuk
  • Sejenis haiwan yang dianggap menjijikkan seperti kutu, lalat, ulat dan haiwan lain yang serupa dengannya
  • Haiwan yang hidup di darat dan di air seperti katak, buaya dan haiwan lain yang serupa dengannya
  • Darah dan produk darah
  • Makanan dan minuman yang mengandungi mana-mana bahan-bahan yang haram di atas atau dicemari melalui sentuhan dengan mana-mana produk di atas

Persijilan Sijil Halal

Persijilan sijil halal ini adalah permohonan secara sukarela untuk mendapatkan logo halal pada produk. Kebanyakan dimohon oleh pengusaha restoran dari luar negara yang beroperasi di Malaysia. Tidak kurang juga, pengusaha restoran di luar negara. Satu proses yang dikawal dengan ketat dan teliti dalam semua aspek pengeluaran. Produk mesti lulus tanpa keraguan dalam aspek-aspek seperti berikut:

  • Penyediaan
  • Penyembelihan
  • Pemprosesan
  • Pengendalian
  • Penyimpanan
  • Pengangkutan
  • Pembersihan
  • Pembasmian
  • Proses pengurusan

**Penting – Restoran yang diberi persijilan sijil halal, tidak dibenarkan untuk menjual minuman keras. Jika ada, boleh buat aduan kepada pihak Jakim.

** Penting – Pengusaha restoran perlulah menyediakan sekurang-kurangnya 2 orang pekerja Islam.

**Penting – Perniagaan francais untuk dapatkan persijilan halal perlu melibatkan semua francais yang ada, bukan hanya satu francais sahaja.

Logo Halal

Kadang-kadang kita selalu keliru kenapa logo halal di satu produk itu berbeza-beza, sampaikan ada yang sebarkan tanda halal itu palsu. Di Malaysia cuma SATU logo HALAL kecuali di negara-negara luar. Ada lebih kurang 67 logo yang telah diiktiraf oleh pihak Jakim melibatkan produk luar negara. Semak sini untuk lihat bentuk logo berkenaan. Ingat, Jangan SEBAR FITNAH.

Alhamdulillah, walaupun hanya beberapa jam sahaja bersama pihak Jakim, dapat juga input-input dan pengetahuan mengenai isu-isu semasa ini. Sekiranya, tidak pasti jangan terus sebarkan. Cari kepastian, sekiranya ragu-ragu jangan diteruskan tapi ditinggalkan. Islam itu mudah. Islam itu indah.

Ikuti media sosial Bahagian Hab Halal, JAKIM dan dapatkan pelbagai informasi berkenaan pensijilan dan isu-isu halal yang tepat dan terkini.

Klik:-

🌸Badan Pensijilan/Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM:-

bit.ly/LogoHalalLuarNegara

🌸Penjelasan Kepada Isu-Isu Halal yang Tular:-

bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

🌸Info-info/Ilmu Halal Semasa:-

bit.ly/InfoIlmuHalalSemasa

🌸Words of Wisdom/Mutiara Kata:-

bit.ly/WordsOfWisdo

🌸Aktiviti Bahagian Hab Halal JAKIM:-

bit.ly/AktiviitiHabHalal

🌸Keratan Akhbar:-

bit.ly/KeratanAkhbarBHH

🌸Kenyataan Media:-

bit.ly/KenyataanMediaBHH

🌸FAQ Halal:-

bit.ly/FAQHalal

🌸Hebahan Semasa:-

bit.ly/HebahanSemasa

🌷Direktori Halal Malaysia:-

www.halal.gov.my

🌷FB Bahagian Hab Halal:-

bit.ly/FBHABHALAL

#Kbba9
#KelabBloggerBenAshaari
#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar

About emarieys

Ema has written 1179 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

About Author

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

(15) Comments

  1. Baru tahu.. ada beberapa design logo HALAL dari negara China..sebelum ni saya ingat cuma ada satu logo sahaja
    anuar recently posted…Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017My Profile

    1. Ema pun baru tahu.. lepas ini tidak lagi keliru jika nampak logo halal berlainan.
      emarieys recently posted…Isu Halal Dan Tidak Halal Yang Cepat ViralMy Profile

  2. semoga rakyat Malaysia lebih prihatin dengan isu halal dan tak cepat melatah bila tular sesuatu isu

  3. bagus info2 ni dan link2 tu boleh dijadikan rujukan
    mamapp recently posted…Sahabat Blogger CeritaitaMy Profile

  4. Ada apps tu yang mudah kan kak

  5. Sekarang dah mudah dengan ada nya Apps Smart Halal kannn….
    Nina Mirza recently posted…Apa yang korang tahu tentang Logo HALAL JAKIM?My Profile

  6. bagus dapat turut serta dalam lawatan ni,banyak ilmu yang kita dapat.

  7. Harap lebih ramai yang peka JAKIM ada sediakan apps ni
    Moha recently posted…Lawatan KBBA9 ke Jabatan Hab Halal JAKIMMy Profile

  8. Kan..Alhamdulillah byk info yg kte pelajari di JAKIM hari tu

  9. kan..orang selalu sebarkan tanpa usul periksa..kita ni pun percayala
    nadia johari recently posted…RUMAH TERBALIK PORT DICKSON / ART GALLERY UPSIDE DOWNMy Profile

  10. encikhafiz.com says:

    Assalamualaikum, salam kenal dari saya ya. terima kasih atas perkongsian menarik ini.
    encikhafiz.com recently posted…Permohonan MyDeposit 2018. Skim Rumah Tanpa Deposit.My Profile

  11. Bab halal dan haram orang kita memang sensitif, bab riba dan perbankan islam belum ramai yang sedar.
    Ikhwan recently posted…Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan SPRMMy Profile

  12. Good sharing kak

  13. Ada apps smart halal dah mudah bg kita semua semak

  14. Halal dan haram bukan soal makanan saja kan ema

    kewangan pun ada halal haram nya

    cuma kita kurang sensitif selain dari makan
    Ibu Zaid recently posted…9 Langkah Menjaga Jubah Hitam Abaya Supaya Tahan Bertahun Lama!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE