Tarikh Istimewa. Bukan sahaja tarikh tersebut sangat istimewa kepada Datuk Sheikh Muzaffar dengan pasangannya Dr. Harlina kerana mereka telah disatukan tetapi bagi aku dengan tarikh ini genaplah 6 tahun usia perkahwinan aku bersama mr. ery. aku sangat bersyukur kepada Allah s.w.t. dengan kurniaanNya dan pemberian anak2 yang sihat dengan diberikan nama Azwa Safriena dan Aqeel Syafiq.

selama tiga tahun perkenalan. aku diikatkan tali pertunangan dan selepas setahun aku disatukan dengan majlis yang ringkas saja. aku dinikahkan di masjid kampung malaysia tambahan, sungai besi di mana tempat aku tinggal sekarang ni. hanya abah, mom, adik , sepupu dan tiga kawan semasa study ( ely, wafa dan zura) yang datang. kiranya aku dinikahkan gantung dululah tanpa majlis besar-besaran. majlis memang sangat ringkas sahaja tanpa ada kad-kad jemputan dan makan2 pun hanya kat rumah FIL aku.

bulan mac 2005, barulah aku buat sedikit majlis bagi pihak keluarga aku. itupun dibuat kat rumah mak saudara aku kat gong nering, jertih. untuk kesenangan bagi abah aku datang. kalau buat kat rumah mom aku, tak datang agaknya. yealah, abah dan mom aku dah lama berpisah dan masing2 dah mempunyai keluarga sendiri. okey2 kita lupakan kisah abah dan mom aku nie.

setelah setahun lebih aku kawin, barulah aku disahkan mengandung. mula tue agak bimbang juga sebab agak lama menunggu untuk mendapatkan zuriat ni. aku punya keturunan jauh-jauh tue ada yang sampai sekarang masih tak dapat zuriat. minta dijauhkan. dan selepas anak aku yang sulung dilahirkan, memang aku merancang untuk jarakkan kelahiran anak. tapi setelah si kakak dah berumur 3 tahun aku telah disahkan mengandung lagi. memang niat untuk tambahkan anak. kesian kat kakak main sorang2. tahun 2009, aku telah selamat melahirkan seorang anak lelaki yang comel dan sihat. bersyukur sesangat.. apa yang aku hajati… telah ditunaikan.. dikurniakan dengan sepasang cahayamata yang cerdik, pintar, pandai, banyak celoteh, sihat, bersemangat dan segala2nya. tidak dapat aku gambarkan betapa gembiranya aku.

aku akan doakan kepada member2 aku yang ingin mendapatkan cahaya mata akan segera mendapatkannya… AMIN…

ini gambar semasa konvo kat UTM, Johor Bahru. aku telah grade bersama-sama.

mr. ery ni adalah junior aku

setelah kami diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 10/10/2004

di atas pelamin di majlis perkahwinan aku di kampung

bersama-sama keluarga FIL aku di hari persandingan aku

nota jari : kenangan kembali…

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *