As Salam Semua.
Ada muka senyum ke malam ini.selepas mendengar pembentangan bajet 2013 petang tadi.
Setakat yang ema dengar dari radio dan tengok kat berita tadi. antara yang  menarik perhatian ema adalah.. maaflah jika yang menarik perhatian ema ini ada yang terasa atau apa…maklumlah ema inikan penjawat awam…so, sebagai penjawat awam..faham-faham lah kan…
1) Bonus 1 setengah bulan gaji untuk penjawat awam ( setengah diberi masa perayaan baru-baru ini, setengah akan diberi bulan  disember dan setengah lagi bulan januari 2013).
2) BRIM akan disalurkan sekali lagi..dan kali ini orang bujang berumur 21 ke atas dan bergaji kurang 2K layak untuk memohon. Berharap, tiada yang menipu lagi.
3) Baucer Buku untuk pelajar-pelajar…so, kepada pelajar yang terima baucer buku ini harap belajar bersungguh-sungguh.
4) Warga pencen pun dapat menikmati kenaikan…ehem, pasti my mom senyum semacam..hehehehe.
5) 50% diskaun kepada menggunakan perkhidmatan komuter dan gaji 3K ke bawah.
6) Rebate RM 200 kepada belia 21 hingga 30 tahun bagi belian telefon mudah alih 3G…ada pakai kontrak ke?
7) Ibu tunggal rawatan ujian memogram secara percuma… bapa tunggal?
8) dan pelbagai insentif yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Esok, beli surat khabar..lagi banyak beritanya.
Terima kasih PM.
Tapi, masih ada yang berbunyi kan.

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *