Loading...
Rezekiku

Inilah rupa hamper kurma

Aku kan busy semalam. sebab duk siapkan hamper kurma ini. sebenarnya, kurma ini nak dikasi pada mereka yang datang kursus separuh hari kat opis aku ini. tak ramai pun 8 orang saja. tapi disebabkan ada beberapa pegawai opis pun masuk. alang-alang aku buat juga untuk mereka. so, semua sekali 13 bekas kurma.

Bajet Murah

Bajet sebenar RM 20 untuk 6 orang. tapi bila dah peserta terlebih.so, pandai-pandailah kena bahagikan. mula tu, aku pening nak buat camana. takkan nak beli sekotak kurma letak atas meja gitu jer…tak menarik. jatuh standard orang pejabat aku.

Aku googlelah dengan pakcik google, cari web yang mana buat bisnes hamper ini. aku mesej mereka, tapi kecewa sebab mereka tak boleh nak buat. sorang tu ada emergency. sorang lagi hanya start bulan 8. Al-kisahnya, terpaksalah aku memerah otak buat sendiri. bila buat sendiri. inilah hasilnya.

Alhamdulillah mereka pun suka. Bajet pun terlebih. itu aku dah pulangkan duit lebih pada bahagian kewangan yer.

Wasalam.

About emarieys

Ema has written 1239 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge