Aqeel Government Perkhidmatan Sekolah Special Day Tadika

Ikut Rombongan Sekolah Anak

Ini kali kedua pergi Pusat Sains Negara. Kalau tak ada rombongan sekolah pasti tak sampai-sampai lagi di sini. First, ikut masa kakak Azwa umur 5 tahun, kali ini ikut Aqeel. Dengan dah berbadan dua, malamnya baru sampai dari johor terkedek-kedek nak ikut sekali. itupun last minit bagitahu cikgu. Kakak Azwa boleh harap masa dia tadika, tapi anak jantan ambo ni, kena tengok-tengoklah.

Melawat Pusat Sains Negara.

Terdongak-dongak tengok ikan kat atas tu. sampai mak-mak pun dongak sekali. Yealah jarang-jarang tengok ikan besar ni.

pusat sains negara

Biasa memang ramailah buat rombongan sekolah hujung-hujung tahun. Ada yang datang dari Kemas Terengganu. Jauh tu. Ada juga dari pelajar sekolah menengah… kalau pelajar sekolah rendah atau menengah, fahamlah pasal sains ni kan…kalau sekolah tadika ini, setakat pengetahuan saja…untuk memahami masih belum lagi.

pusat sains negara

Dah tak ada replika dinasour besar kat ruang legar ni…mana menghilangnya?

pusat sains negara

Budak-budak setahun jagung apa tahu benda-benda sains ni. yang mereka tahu, tekan-tekan dan tengok.

lawatan sekolah4

pusat sains negara

Aku suruh Aqeel masuk ke dalam ini, tengok perkembangan bayi dalam perut. Begitulah aku nak terang bayi dalam perut aku sekarang. Tapi dia buat tak tahu, berlari sana sini…isssh, geram. susah nak ajar.

lawatan sekolah2

eksitedlah tengok bola gerak ikut arah angin…tapi bila terang masing-masing tak faham pun.

pusat sains negara

lawatan sekolah5

Kononnya, laratlah nak tarik tali kasi terangkat. ko tu keding dik.

lawatan sekolah6

Datang kawan yang badan semangat sikit, baru terangkat..berpeluh-peluh juga kawannya menarik.

lawatan sekolah7

Tingkat atas dulu kawasan dinasour tapi sekarang dah tukar kepada kawasan penyiasatan pembunuhan.

pusat sains negara

Tak cukup inci lagi nak jadi angkasawan

pusat sains negara

Budak-budak tengah teruja, bila mereka sebut ‘berhenti’,  benda yang abang pusat sains tu pegang pun berhenti. Aku sendiri pun tak pandai sains.

pusat sains negara

pusat sains negara

Nampak pula arnab kat situ. beria-ria lah Aqeel pergi sentuh usap bagai. sepanjang perjalan balik pun dimintanya aku bela arnab.

pusat sains negara

pusat sains negara

Ajak balik pun tak nak haihh. last-last tinggal sorang, baru sedar orang dah beredar.

Ada baiknya bawa pelajar sekolah pergi Pusat Sains Negara, tapi kena berpadanan dengan umur. Kalau umur 5-6 tahun tu, agak mencabarlah sikit sebab mereka tak mengerti sains lagi…tapi sebagai pengenalan serba sedikit dapat juga memberi ilmu. Tanya Aqeel apa yang dia tahu kat sini..jawapannya mudah…‘best mama kalau mama bela arnab, belilah arnab untuk adik”

 

 

About emarieys

Ema has written 1159 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor

You may also like...

20 Comments

  1. Hehehe. Dah namanya budak-budak apalah tahu sangat pasal sains. Yang penting happy. Puas melenjan kat PSN, arnab juga yang diingatnya ye, Aqeel ^_^

    Superheroes saya pulak bawa ke sini tak ingat lain. Cuma ingat swimming pool kat bawah tu je. Ajak datang lagi sebab nak mandi dalam swimming pool. Punyalahkan…
    Mummydearie recently posted…Wadihana Islamic SteakhouseMy Profile

  2. Okla boleh ikut rombongan sekali anak..
    Boleh kita pantau depan mata, kan?
    Myra Jay recently posted…Penapis Air Shaklee (Water Pitcher Shaklee)My Profile

  3. memang budak2 seronok pi lawatan ni. sama cam anak saya.
    Raihanah Ahmad recently posted…Minyak Ikan Terbaik Dunia Untuk Anak PintarMy Profile

  4. wow.. bestnye ibubapa leh join lawatan anak..
    seronok ke sini.. byk ilmu y dapat
    lyafrina recently posted…Asya’s 6th Birthday : Sambutan Bersama Kawan-Kawan Pra SekolahMy Profile

  5. hari tu ada jugak sek anak buat rombongan ke Pusat Sains ni tp tak dpt pergi pun….mesti seronok kan budak2 ni…
    NOREHAN SAAD recently posted…PROMOSI SHAKLEE NOVEMBER 2014My Profile

  6. LydSunshine says:

    Elok jugak derang dah tukar part2 yg dinosaur tu dgn tempat penyiasatan. Dulu tak faham gak apa yg men’sains’kan dinosaur tu. Patut masuk dlm sejarah kot.

    Yang lawaknya suh Aqeel skodeng perkembangan bayi tu, dia tak layan. Hehehe.. Mmg jiwa suci budak2 ni. Dia buat je apa dia suka.

    Ema sihat ke? kandungan cemana>?

  7. Gembira tengok anak-anak ni meluangkan masa dengan aktiviti yang bermanfaat. Meraka harapan negara.

  8. datang tempat2 camni dengan anak2 bagus sbb boleh memahami diri ibu dan anak..baru kita tau anak kita kecerdikan dia tahap mana dan keinginan nak tahu sesuatu benda tu juga pada tahap mana..
    Zul recently posted…Nasi Beriyani JM – Memang PANJANG beb !My Profile

  9. Haha.. comel je bila budak2 tadika pegi melawat pusat sains.. sama la dengan anak saya, tahu nak main dan lari je.. belum lagi pandai nak appreciate sains..
    Moms Avenue recently posted…Senaman Untuk Bentuk Badan MenggiurkanMy Profile

  10. Wahh, mak mak pun boleh ikut ye? Boleh la control anak sendiri kan? Hihi
    Nadratul Syazwana recently posted…Fenomena Jeruk Mangga Asam Boi, Dapat Jugak MerasaMy Profile

  11. Dulu ms blm kawen selalu ikt anak2 buah pny rombongan. Pnt tp seronok la bwk bdk2 ni. Anak snd blm lg. Biasa biarkan cikgu je bwk sbb peginya dlm jhr je pun.

  12. Ok gak bawa anak ke sini. Boleh tunjuk macammana diorang kat dalam perut ibu dulu
    emalinmohd recently posted…Mengapa Anak Saya Keras Kepala?My Profile

  13. masa ni la yang selalu aku tunggu masa sekolah dulu… lawatan sambil belajar… syok ooo berjalan…
    tukang karut recently posted…Tak Sengaja…My Profile

  14. Hazmin Hamudin says:

    Untuk pengetahuan awal rasanya ok jugak bawakkan walaupun tak berapa nak faham. Hehe
    Hazmin Hamudin recently posted…Selamat Hari Lelaki Sedunia 2014My Profile

  15. Pergi pusat sains ni akan jadi seronok kalau bawak anak-anak, walaupun aktiviti dia juga sesuai untuk dewasa, tapi kalau tengok budak kecik yang buat jadi lagi seronok
    Cuteummi recently posted…Bimbang Masalah Haid Tidak TeraturMy Profile

  16. Semoga dah besar jadi scientis hehe
    Diari Ibu Zarith recently posted…Selamat Datang December 2014!My Profile

  17. Alongxp says:

    kalau pusat sains tak pnh pegi, petrosains penah la… bwk adik… tu pon tak habis explore…
    Alongxp recently posted…Tips photoshop buat tulisan dipermukaanMy Profile

  18. Aku ni walaupun dah 10 tahun kat KL tapi tak pernah jejak lagi ke sana.. sekadar dengar-dengar cerita dr kawan2 aje.
    ismail recently posted…Mitos Kencing Bercabang Punca Lemah SyahwatMy Profile

  19. best jugak join rombongan dgn anak2 ni..
    best jugak sini..dh byk berubah, berbanding zaman lya pergi dulu

  20. Laaaa…mengandung pulak ke?penat tu jalan2 dengan berbadan dua ni..hehe..bila lay saya nak Ke sini..
    Hafizul recently posted…Mamat Dan Ayatnya “Saya Tak Pandai”My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge