Ini kali kedua pergi Pusat Sains Negara. Kalau tak ada rombongan sekolah pasti tak sampai-sampai lagi di sini. First, ikut masa kakak Azwa umur 5 tahun, kali ini ikut Aqeel. Dengan dah berbadan dua, malamnya baru sampai dari johor terkedek-kedek nak ikut sekali. itupun last minit bagitahu cikgu. Kakak Azwa boleh harap masa dia tadika, tapi anak jantan ambo ni, kena tengok-tengoklah.
Melawat Pusat Sains Negara.
Terdongak-dongak tengok ikan kat atas tu. sampai mak-mak pun dongak sekali. Yealah jarang-jarang tengok ikan besar ni.
Biasa memang ramailah buat rombongan sekolah hujung-hujung tahun. Ada yang datang dari Kemas Terengganu. Jauh tu. Ada juga dari pelajar sekolah menengah… kalau pelajar sekolah rendah atau menengah, fahamlah pasal sains ni kan…kalau sekolah tadika ini, setakat pengetahuan saja…untuk memahami masih belum lagi.
Dah tak ada replika dinasour besar kat ruang legar ni…mana menghilangnya?
Budak-budak setahun jagung apa tahu benda-benda sains ni. yang mereka tahu, tekan-tekan dan tengok.
Aku suruh Aqeel masuk ke dalam ini, tengok perkembangan bayi dalam perut. Begitulah aku nak terang bayi dalam perut aku sekarang. Tapi dia buat tak tahu, berlari sana sini…isssh, geram. susah nak ajar.
eksitedlah tengok bola gerak ikut arah angin…tapi bila terang masing-masing tak faham pun.
Kononnya, laratlah nak tarik tali kasi terangkat. ko tu keding dik.
Datang kawan yang badan semangat sikit, baru terangkat..berpeluh-peluh juga kawannya menarik.
Tingkat atas dulu kawasan dinasour tapi sekarang dah tukar kepada kawasan penyiasatan pembunuhan.
Tak cukup inci lagi nak jadi angkasawan
Budak-budak tengah teruja, bila mereka sebut ‘berhenti’, benda yang abang pusat sains tu pegang pun berhenti. Aku sendiri pun tak pandai sains.
Nampak pula arnab kat situ. beria-ria lah Aqeel pergi sentuh usap bagai. sepanjang perjalan balik pun dimintanya aku bela arnab.
Ajak balik pun tak nak haihh. last-last tinggal sorang, baru sedar orang dah beredar.
Ada baiknya bawa pelajar sekolah pergi Pusat Sains Negara, tapi kena berpadanan dengan umur. Kalau umur 5-6 tahun tu, agak mencabarlah sikit sebab mereka tak mengerti sains lagi…tapi sebagai pengenalan serba sedikit dapat juga memberi ilmu. Tanya Aqeel apa yang dia tahu kat sini..jawapannya mudah…‘best mama kalau mama bela arnab, belilah arnab untuk adik”
Hehehe. Dah namanya budak-budak apalah tahu sangat pasal sains. Yang penting happy. Puas melenjan kat PSN, arnab juga yang diingatnya ye, Aqeel ^_^
Superheroes saya pulak bawa ke sini tak ingat lain. Cuma ingat swimming pool kat bawah tu je. Ajak datang lagi sebab nak mandi dalam swimming pool. Punyalahkan…
Mummydearie recently posted…Wadihana Islamic Steakhouse
Okla boleh ikut rombongan sekali anak..
Boleh kita pantau depan mata, kan?
Myra Jay recently posted…Penapis Air Shaklee (Water Pitcher Shaklee)
wow.. bestnye ibubapa leh join lawatan anak..
seronok ke sini.. byk ilmu y dapat
lyafrina recently posted…Asya’s 6th Birthday : Sambutan Bersama Kawan-Kawan Pra Sekolah
hari tu ada jugak sek anak buat rombongan ke Pusat Sains ni tp tak dpt pergi pun….mesti seronok kan budak2 ni…
NOREHAN SAAD recently posted…PROMOSI SHAKLEE NOVEMBER 2014
memang budak2 seronok pi lawatan ni. sama cam anak saya.
Raihanah Ahmad recently posted…Minyak Ikan Terbaik Dunia Untuk Anak Pintar
Elok jugak derang dah tukar part2 yg dinosaur tu dgn tempat penyiasatan. Dulu tak faham gak apa yg men’sains’kan dinosaur tu. Patut masuk dlm sejarah kot.
Yang lawaknya suh Aqeel skodeng perkembangan bayi tu, dia tak layan. Hehehe.. Mmg jiwa suci budak2 ni. Dia buat je apa dia suka.
Ema sihat ke? kandungan cemana>?
Gembira tengok anak-anak ni meluangkan masa dengan aktiviti yang bermanfaat. Meraka harapan negara.
datang tempat2 camni dengan anak2 bagus sbb boleh memahami diri ibu dan anak..baru kita tau anak kita kecerdikan dia tahap mana dan keinginan nak tahu sesuatu benda tu juga pada tahap mana..
Zul recently posted…Nasi Beriyani JM – Memang PANJANG beb !
Haha.. comel je bila budak2 tadika pegi melawat pusat sains.. sama la dengan anak saya, tahu nak main dan lari je.. belum lagi pandai nak appreciate sains..
Moms Avenue recently posted…Senaman Untuk Bentuk Badan Menggiurkan
Wahh, mak mak pun boleh ikut ye? Boleh la control anak sendiri kan? Hihi
Nadratul Syazwana recently posted…Fenomena Jeruk Mangga Asam Boi, Dapat Jugak Merasa
Dulu ms blm kawen selalu ikt anak2 buah pny rombongan. Pnt tp seronok la bwk bdk2 ni. Anak snd blm lg. Biasa biarkan cikgu je bwk sbb peginya dlm jhr je pun.
Ok gak bawa anak ke sini. Boleh tunjuk macammana diorang kat dalam perut ibu dulu
emalinmohd recently posted…Mengapa Anak Saya Keras Kepala?
masa ni la yang selalu aku tunggu masa sekolah dulu… lawatan sambil belajar… syok ooo berjalan…
tukang karut recently posted…Tak Sengaja…
Untuk pengetahuan awal rasanya ok jugak bawakkan walaupun tak berapa nak faham. Hehe
Hazmin Hamudin recently posted…Selamat Hari Lelaki Sedunia 2014
Pergi pusat sains ni akan jadi seronok kalau bawak anak-anak, walaupun aktiviti dia juga sesuai untuk dewasa, tapi kalau tengok budak kecik yang buat jadi lagi seronok
Cuteummi recently posted…Bimbang Masalah Haid Tidak Teratur
Semoga dah besar jadi scientis hehe
Diari Ibu Zarith recently posted…Selamat Datang December 2014!
kalau pusat sains tak pnh pegi, petrosains penah la… bwk adik… tu pon tak habis explore…
Alongxp recently posted…Tips photoshop buat tulisan dipermukaan
Aku ni walaupun dah 10 tahun kat KL tapi tak pernah jejak lagi ke sana.. sekadar dengar-dengar cerita dr kawan2 aje.
ismail recently posted…Mitos Kencing Bercabang Punca Lemah Syahwat
best jugak join rombongan dgn anak2 ni..
best jugak sini..dh byk berubah, berbanding zaman lya pergi dulu
Laaaa…mengandung pulak ke?penat tu jalan2 dengan berbadan dua ni..hehe..bila lay saya nak Ke sini..
Hafizul recently posted…Mamat Dan Ayatnya “Saya Tak Pandai”