Kedai Ikan Singgang Kampung Baru. Lauk ikan singgang dengan orang Kelantan memang tak pernah miss. Lauk kegemaran orang Kelantan. Nak buat ikan singgang pun senang…masak rebus air.. letak bawang putih, asam keping, lengkuas…nak pedas letak cili banyak. Ada singgang putih ada singgang kuning, letak kunyit yang jadi warna kuning. Tapi majoriti Kelantan singgang putih jernih jer.
Kedai ikan singgang di Kampung Baru.
Ini kali kedua makan kat sini dengan orang yang sama si angah. Datang makan ikan singgang ni pun gara-gara kereta si angah rosak kat bentong, pergi bagi bantuan angkut mari KL. Perut masing-masing kebulur, si angah la yang ajak makan sini. kalau harapkan kak long dia, memang failed bab kedai makan area KL ni. Nak masuk simpang kedai pun salah lagi.
Jam 11.00 malam orang masih ramai jamu nasi.. memang penuh meja. Tak pasti apa nama kedai ikan singgang ni. semua kedai ada ikan singgangnya. yang mana satu kedai yang sedap. sorry sangat tak tahu..yang penting ada BUDU tu.

Mari kita tengok lauk apa lagi yang kami order dan agak-agak berbaloi ke dengan harga yang kami bayar ni. Telur dadar untuk dua orang, ikan singgang dua mangkuk.
Daging goreng kunyit
Ulam dua pinggan
Dua pinggang ikan rebus. ikan rebus dia sedap secukup rasa..manis masin masam
Ditambah 7 pinggan nasi dan 6 gelas air..total kena bayar RM 85.00. Aku rasa macam mahal, tapi bagi korang ia mahal ke murah?
Standard harga lah ni kan…tengah bandaraya Kuala Lumpur… gitulah harganya…
serius mahal emma…huhu…
alahai…mmg cekik darah sungguh ni…
tulah, makan ikan bakar pun tak semahal ni…hisshh.
emarieys recently posted…Camping Di Bagan Lalang Sepang
Rasa lauk pauk tu macam simple je. Tapi harga dia pergh.. Hehe
betul tu setakat ikan singgang camtu harganya.. ish
anah recently posted…5 Amalan Gaya Hidup Sihat
singgang ni rebus jer…tak ada pun pakai perencah… tak memadai harga kan.
standard harga dekat kampung baru,sebab sewanya mahal…
zik recently posted…Hakim and the magistrate, juara AJL 30, 24.1.2016
itulah bila difikirkan balik..
emarieys recently posted…Camping Di Bagan Lalang Sepang
Tengok makanan nya menyelerakan tapi terasa harga mahal huhu
Ani Haryani recently posted…Jump Street Malaysia Super Duper Awesome
memang bertambahlah makan nasi lauknya ada budu sekali.
emarieys recently posted…Camping Di Bagan Lalang Sepang
dah lama tak makan ikan singgang.
mana nak cari kat johor ni haa..
titan recently posted…Vouloir C’est Pouvoir.
kitorang masak sendiri je ikan singgang, meh la nak rasa
Raihanah Ahmad recently posted…Sembuhkan Luka Diabetes Dan Elakkan Amputasi Dengan Shaklee
sendiri masak lagi puas hati bro titan.
emarieys recently posted…Camping Di Bagan Lalang Sepang
template baru ek web ema ni? cantik u
anah recently posted…Bekam Adalah Sunnah
minggu lepas duk pilih-pilih template…pening juga kepala nak pilih…hehehe.
emarieys recently posted…Camping Di Bagan Lalang Sepang
mahalnya dia caj, mungkin sebba di ibu negara kot ema
Raihanah Ahmad recently posted…Rawatan Denggi Paling Berkesan dan Selamat
itulah..nak puas hati baik masak sendiri jer.
emarieys recently posted…Camping Di Bagan Lalang Sepang
Jangan pergi dah lah kedai ni. Ade je kedai sedap gle masakan thai kat kampung baru tu harga ok je
Fatin recently posted…Review Pince & Pints Lobster @ Bangsar, Kuala Lumpur
kalau diri sendiri memang tak pergi dahh…ini sebab adik yang bawa…hehehe..dia belanja kita follow ajer.
emarieys recently posted…Camping Di Bagan Lalang Sepang
Sedap tu singgang.. Mummy kali masak selalunya singgang kuning.. Hero2 pun suka.. Yum yum!
masam-masam pedas…layan habis.
emarieys recently posted…Camping Di Bagan Lalang Sepang
mahal jugak tu..ingatkan adalah bayar dalam rm50 ke..
Tetiba perut lapar….adessss
Suriaamanda recently posted…Kari Kepala Ikan Kg Attap Meletop!!!