Jamilah Lumut
Bisnes Perkhidmatan

Ikan Bilis Mata Biru Di Lumut Cari Kedai Jamilah

Dah sampai ke Lumut, jawabnya kena cari ikan bilis lah. Orang cakap sekarang harga dah mahal…yea ke?..aku sendiri pun tak tahu..mungkin iye…mungkin juga tidak. Tapi dah alang-alang ada kat sini kan, beli sikit pun jadi.

Kedai Jamilah Hasil Laut

Nama kedai Jamilah ni memang popular juga yer. Di Lumut jualnya hasil laut, di Kota Kinabalu kedai Jamilah popular dengan mutiara sabah. Walaupun dah dua tiga kali aku pergi Lumut, ini first time pergi kedai Jamilah. itupun sebab aku dengar kat sini boleh dapat dengan harga murah.

Depan kedai terus nampak beg-beg plastik besar penuh dengan ikan bilis. Banyak kategori ikan bilis. saiz kecil, besar, sederhana, halus semua ada. Nak yang dah kopek belum kopek pilih saja. Tapi semua jenis yang mata biru. Apa beza mata biru dengan mata tak biru…hehehehe..rangup dengan tidak rangup ke?

Jamilah Lumut

Belasah jer, nampak cantik dan murah aku belilah. Mak mertua banyak juga beli..aku beli 200 gram ikan bilis yang siap kopek. Mudahkan kerja aku di dapur. Masa aku sampai pun, ramai orang tengah membeli..berbungkus-bungkus setiap orang. Hanya aku saja satu bungkus plastik dengan ikan bilis dan sotong kering bergula. Sotong kering yang ada gula ini kan, bukan main kecil lagi isi dalamnya,,,nipis pula tu. Dah gerak nak balik nampak banyak geng-geng motor baru sampai… tak tahulah aku nak beli ikan bilis atau nak minum air free…hehehehe.

Nak cari ikan bilis mata biru di Lumut, carilah kedai Jamilah. Korang taip kat google kedai Jamilah hasil laut di Lumut, Perak. Pilih direction, ikut cakap suara dari waze atau maps tu…zasss, berhentilah korang betul-betul depan kedainya. Nak alamat lengkap, ini alamat penuh dia hasil carian google.

Hasil Laut Jamilah
No.4, Jalan Titi Panjang, 32200, Lumut Perak

 

 

About emarieys

Ema has written 1159 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor

You may also like...

1 Comment

  1. Makaseh Ema sharing info. Nanti kalau singgah area sana dah tahu mana nak tuju…
    Nina Mirza recently posted…Alhamdulillah… Mimpi ngeri berakhir sudah! Shampoo CADEAU berkesanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge