nak sambung entry bercuti-cutian sambil kerja kat sabah bersama dua teruna yang masih bujang trang tang tang… bujanglah sangat… yealah, saya seorang saja perempuan kat sana tau…malah pangkat mama lagi..fikir banyak kali nak buat entry yang ini…tapi kalau tak buat, bila lagi nak buat tak akan nak tunggu dah basi cam orang berniaga kat bazar ramadhan tu..oppss… yang tertentu saja..kesian betul kat orang yang terbeli makanan basi ni..berniaga tu biarlah seikhlas hati..bukan mahu penuh poket disisi..issh..geram betul dengan peniaga yang sebegini…alamak, dah terkeluar topik pula..okey sambung (berapa kali nak sambung ni)…bila tengok gambar-gambar ni..jangan pula korang meleleh air liur erkh…ingat tu puasa… satu malam tu, kami bertiga makan kat gerai belakang pasar filipin yang jual-jual pearl.. jenuh juga nak pilih-pilih gerai ni..berderet-deret..pastu yang pasti semua harga murah-murah… terbaik bha!!!
korang agak-agak berapa RM seekor?
ada macam-macam makanan…tapi semuanya dibakar… semuanya makanan laut… nak tom yam, sup, telur, sayur itu tak ada pun kat gerai-gerai sini… kalau restoran memang ada…
melelehlah air liur korang erkh..
dua orang budak bujang inilah sebagai bodyguard saya.. tak ada maknanya mahu keluar sorang-sorang kat tempat orang…takut dan bahaya tu
berkongsi tiga makan dua lauk ini…memang puas hati… ikan RM 15 seekor..udang RM 15 selidi tu… cicah pula dengan sambalnya…air peluh mencurah-curah kat dua orang bujang tu… saya? opps..tak makan pedas sangat pun..sempat lagi nak cover….oh yea, kat sini kena cuba air teh o limau ais..sebab diaorang tak pakai limau cam kat tempat kita…diaorang akan pakai lemon kuning punya…sodap beb!!!…
sambil makan..sempat lagi kami berkenalan dengan tiga awek cun melecun ini..biasalah bila orang bujang nampak awek kan….baik-baik betul awek sabah ni…ada untungnya kenal diaorang ni..kan tahun depan cari diaorang lagi….senang…hehehe…
bila tengok aweks ni makan..kitaorang duk tanya itu ini. itu makanan apa..ubi yang direbus di panggil putu dan makan pula dengan ikan bakar…pastu yang sorang tu makan agar-agar tapi tengok cam rumpai..cicah pula dengan sambal..dan taruh air asam limau banyak-banyak…
dari hotel ke gerai makan tidaklah jauh sangat… pergi pun jalan kaki saja… kat sini ramai pakai digi kot… digi di mana-mana saja ada…tapi kat laut yang tak ada…tu pasal patung digi termenung mengadap laut…tengah fikir macam mana nak ada line kat tengah lautan itu..
habis bab makan..sambung nanti yer
daaaa….
p/s : kenal dengan orang sabah ada kebaikan untuk bercuti tahun hadapan..boleh dapatkan hotel dan sewa kereta yang murah…