Ikan Bakar Di Tok Bali, Kelantan

Ikan Balik Tok Bali, Kelantan. Dua beradik telah membuat tuntutan belanja makan terhadap kakak yang sulung.

Adatlah si kakak yang sulung ini jarang-jarang balik kan. so, kenalah angguk kepala tanda setuju.

Al-kisahnya, makan-makan ini dekat restoran yang dah lupa nama apa. tapi kalau dari tok bali, restoran ini sebelum restoran pulut ikan bakar (harus cuba balik lain kali). senang nak cam restoran ini. ada deko pondok-pondok pakai batang buluh. cantik. nak angkut bawa balik rumah tapi tak boleh dah di seminkan.

Layanlah dulu gambar 3 mama muda. mudalah sangat.

Disebabkan hujan mulai turun dan ramai kroni-kroni kecil yang ada terpaksalah pindah masuk dalam. itupun kena rebut. ekceli, banyak kedai yang tutup. masih mood rayalah katakan.

Azwa dengan Aleeya. bila tak temu rindu. bila temu ada saja yang nak digaduhkan. boleh nampak pondok buluh tu.

lama sungguh nak sampai lauk dan nasi. si Aqeel pun dah boring.

Dan apa yang ditunggu pun sampailah.

Harap maklum yer, restoran ini hanya sediakan yang bakar-bakar saja. tapi tak tahulah hanya sebab musim raya atau memang gitu cara perniagaannya. so, malam itu kami semua makan nasi putih kering dan ratah lauk saja.

Telur dadar pun tak ada.

Selesai segala tuntutan yang mereka inginkan.

Kering pun keringlah, janji lauk semua licin.

About emarieys

Ema has written 1179 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

About Author

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE