Azwa Mr Ery Parenting Restoran Travel

Ikan Bakar Belakang Pasar Philippine Bandar KK

Dulu first time datang makan sini dengan dua budak bujang..order ikan bakar seekor dan sotong bakar. berkongsi 3 orang. sebab masa tu tengah sengkek. so, pandai-pandailah kan. Bila datang untuk kali kedua, ingatkan nak makan di kedai yang sama. tapi tak tahu dah yang mana satu kedainya. langsung, pilih kedai yang penjualnya pakai tudung. aci tak?ikan segar-segar harga pun boleh tahan. seekor boleh cecah RM 30 lebih.

Suasana Di Pasar Philippines

MIL dan mr.ery yang tukang pilih nak lauk apa. teringin nak makan ketam. tapi tak ambil pun mahal sangat. maybe kami ini orang luar. kaw-kaw lah kasi hargakan…hurrmmm, entahlah nak kena tanya eca ni.

Pastu mr. ery nak cuba makan rumpai laut. nak makan benda tu kena perah limau nipis dua tiga biji pastu taruk sambal. perghh, memang meleleh air peluh..aku kalau makanan pelik-pelik tak sentuhlah..biarpun mr.ery cakap sedap.rasa macam agar-agar jer. so, MIL dan mr. ery yang makan.. FIL pun tak jamah juga.

Makan Ikan Bakar Di Sini

Kat sini makan nasi dengan lauk bakar itu saja. tak ada kuah-kuah pun. tengok nasi macam tak boleh nak telan sebab nampak berminyak dan lembik tapi bila kunyah macam biasa sajalah.

Mr.ery ratah lauk saja. diet ke? tapi yang buat aku terkejut bila azwa makan bertambah-tambah

Dari dulu bos aku cakap try ais lemon tea kalau datang sini..sebab dia bubuh lemonlah..kalau teh O ais limau mesti letak limau… cuma aku rasa kat sana teh O ais macam teh ais kat semenanjung..agaknya kalau nak minum teh O ais kena sebut teh O gula ais….atau teh ais.

Meleleh peluh dan menahan kepedasan makan rumpai laut

Cukupkah 3H 2M percutian di Kota Kinabalu ini..nanti ema kongsikan…ke mana kami pergi hari kedua di sana…. jangan terkejut tau…

 

About emarieys

Ema has written 1158 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge