Logo KBBA

Kenapa Mahal Sangat Harga Makanan Ni Makcik, Makcik Nak Pergi Haji Balik Hari Ke?

Ikan Bakar Belakang Istana

Aku sekeluarga memang suka makan dan selalu makan di luar. Dalam seminggu, memang akan ada makan di kedai. Yealah, ada hari penat nak masak, ada hari rasa bosan nak makan masakan sendiri. Makanan di luar selalunya menjadi pilihan aku sekeluarga nasi ulam, nasi ikan bakar, atau goreng. Jenis orang yang makan lauk kampung. Ada nasi, ada ikan bakar, ada budu, ada ulam..dah cukup.  Kedai yang selalu sangat pergi kalau makan malam pergi ke Tasik Idaman..sana ikan bakar memang marvelous..dia punya perencah setakat ini memang tak boleh lawan. Ikut rasa tekak aku sekeluargalah. Kalau makan tengahari, terasa nak makan masakan Kelantan singgah Restoran Ayam Kampung, Serdang.. Nak makan ikan bakar, pergi belakang istana.. pilihan tempat makan yang dekat dengan rumah.

Baru Sekali Pergi Kedai Makcik Ini

Satu hari tu, terasa nak makan ikan bakar. Sebab tengahari, di Tasik Idaman tak buka lagi. Makanya, pilihlah tempat makan di belakang istana.. lagipun tidaklah jauh sangat dari rumah. Decide nak makan sana pun, last minute. masa dalam kereta. Perut pun tengah lapar sangat, dan time pun memang waktu makan tengahari.. sampai sana, ramailah orang. Cari tempat kosong untuk parking kereta.. elok nampak ada kereta keluar. Memang femeslah ikan bakar belakang istana ni kan. Hari minggu pun ramainya orang. Bila tengok kedai yang biasa pergi ramai sangat orangnya, pilih kedai yang lain. Yang ada meja kosong. Jadi, pergilah kedai makcik ni. Kira kedai makciklah, sebab makcik yang datang kira makanan kat meja.

Itupun tunggu juga beberapa minit, nasi habis. Mr. Ery order nasi putih kosong 4, air teh o ais 4, sotong bakar saiz sederhana 1, ikan pari bakar 1. Itu saja, tak ada kuah, tak ada sayur pun. Makan semulut dua, datanglah makcik ke meja untuk kira harga dan selitkan kertas di bawah pinggan makan. Bila makcik tu pergi ke meja lain, aku tengoklah berapa harganya yang tertulis. Mula tu, aku was-was juga harga ni..konpius..RM20 ke RM70..nombor 2 dan 7 nak sama. Kalau RM20 macam tak logik pula harga…tapi kalau harga RM70 lagilah giler punya harga kan.

Panggillah makcik tu sekali lagi ke meja nak confirmkan betul-betul harganya..RM70 dik. Perggh..terus aku tengok Mr. Ery dan cakap dalam hati..mahalnya..Masa itu juga, mulalah aku dan Mr.Ery tengok orang lain punya reaksi bila terima cebisan kertas harga.

Habiskan sampai licin.

Pemuda Belakang Pun Terkena

Aku paksa kakak Azwa habiskan sisa-sisa ikan pari bakar..Makanlah kakak sampai licin, mahal ni. Mr. Ery dah pergi ke kereta sebab Ayra merengek nak tidur. Aku tunggulah kakak Azwa habiskan sisa ikan pari tu.  Aku nampak ada dua orang lelaki di meja belakang, pun panggil makcik tu balik. Sebab aku ada dengar juga, diaorang macam tak percaya dengan harga yang dikenakan.. mereka makan ikan bakar seekor setiap seorang…bayaran RM61.

Mereka bayar kat makcik tu terus di meja. Bila makcik itu dah beredar. Aku terus tanya dengan dua orang lelaki ini. Kenapa? Mahal ke? Diaorang cakaplah mahal. Biasa pergi kedai yang tu (tunjuk kedai lain), tapi ramai orang makanlah sini. Samalah aku. Biasa pergi kedai lain, sebab ramailah yang makan di kedai makcik ini. Kira dah terkena sekali. cukuplah. Makcik nak cepat kaya ke? Makcik nak pergi haji balik hari? Kira rezeki makciklah hari tu. Bila dah terkena sekali, memang orang tak akan datang lagi dengan harga macam ini.

Memang tahu harga ikan bakar di KL ini mahal. Tapi boleh dipertimbangkan lagi lah dengan kedai-kedai ikan bakar yang dekat dengan kedai makcik ini. Dengan harga RM70 dua jenis lauk, boleh makan 4 ekor ikan bakar lagi di Tasik Idaman. Bila aku post kat facebook pasal kedai ikan makan ni, rupanya ramai yang cakap kedainya memang harga mahal. Malah kawan sepejabat aku pun pernah kena… makan seekor sotong RM35 harganya.

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1127 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

2 Shares

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge