“MOH” Iftar di Benteng 2019 dengan selera kampung citarasa negeri Perak di Summit Hotel KL City Centre. Pelbagai jenis masakan dan hidangan dengan lebih 100 menu seperti Nasi Kabsah. Ayam Bakar Percik Sumbat Pucuk Ubi, Udang Masak Kelio, Kambing Kerutub, Daging Dendeng, Kari Kepala Ikan Batu Gajah, Gulai Nenas Ikan Masin Pangkor, Masak Lemak Gulai Parit.

Gerai pun ada

Menghidangkan Kambing Golek Pasir Salak, Lempeng Tradisi Tok Anjang, Popia Basah Ipoh, Rendang Tok Perak, Murtabak Teluk Anson, Laksa Sarang Bota, Yong Taufu Ulu Kinta dan ABC Tanjung Malim. Hidangan pencuci mulut seperti Bubur Keladi Kak Limah, Bubur Kacang Hijau, Kasidah, Cakar Ayam, Kuih Bangkit, Bahulu dan sebagaianya. Pembuka selera dan salad seperti Kerabu Nangka Muda, Kerabu Kaki Ayam, Kerabu Lidah Lembu, Pecal Kampung, Acar Betik Muda, Pais Udang, Ikan masin Goreng, Udang Goreng Berempah, Ulam-ulam Melayu, Telur Asin, Acar Rampai dan Acar Buah.

Sangat menyelerakan, buka puasa dengan selera kampung. “Eh, puasa lambat lagi laaa”. Mana ada lambat lagi, tinggal dua bulan lebih saja kan…puasa tahun ni awal bulan Mei tau. Aku nak share dengan korang untuk dapatkan Baucer Pembelian Awal “Early Bird” pada harga diskaun yang mana RM50 untuk dewasa dan RM38 untuk kanak-kanak di bawah 4 hingga 12 tahun. Pembelian adalah bermula dari SEKARANG hingga 8 Mei 2019. Selepas itu akan kembali pada harga ASAL. Rugi tak grab awal-awal. Contact person incharge di 03-26148000 atau emel sales@summithotelkl.com.my

masakan negeri perak

Kalau korang tak pasti area mana hotel ini, ia berdepan dengan Plaza Mara. Dulu dikenali sebagai Quality Hotel tapi kini telah bertukar pengurusan kepada Summit Hotel. Kemudahan awam pun banyak dan sangat senang. Bulan Ramadhan nanti, tak perlu nak bersesak pandu kereta, naik saja pengangkutan awam seperti LRT.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

2 Replies to “Iftar Masakan Negeri Perak di Summit Hotel KL City Centre”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *