Hari Jumaat lepas, ada mesyuarat PIBG sekolah untuk kali ke-4. Mungkin ini adalah mesyuarat PIBG kali terakhir tahun ini sebelum sekolah mula bercuti. Antara agenda yang dibincangkan seperti program Bacathon yang bakal diadakan pada 26 Oktober 2013, pengganti Guru Besar yang baru, aktiviti kesukanan dan sebagainya.
Semasa di dalam mesyuarat, ada disebut tentang sarana sekolah. Apakah itu sarana sekolah? Sarana sekolah adalah satu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta “Malaysia”.
Masih tak faham. boleh klik SINI .Aku sendiri pun tak banyak yang tahu mengenai peranan sarana sekolah ini diwujudkan.
Cuma langkah pertama bagi pihak sekolah adalah memanggil ibu bapa datang ke sekolah untuk menyampaikan maklumat ini kepada mereka. Kehadiran mereka sangat penting demi anak-anak mereka. Masalah pertama yang dihadapi adalah kehadiran ibu bapa ke sekolah jika melibatkan sesuatu program amat mendukacitakan. Jika diadakan sesuatu program di sekolah, untuk capai 50% kehadiran amatlah jauh sekali apatah lagi target sekolah sebanyak 80%.
Bagi tahun satu tidak mempunyai masalah kerana kebanyakan ibu bapa sangat teruja dan mengambil cuti demi anak yang baru masuk sekolah rendah. tapi bagi tahun-tahun lain agak kurang.. Akan tetapi jika melibatkan duit seperti pemberian RM 100 bagi anak yang bersekolah kehadiran ibu bapa sangat memberangsangkan dan ada yang sanggup minta cuti lagi.
Apakah yang harus dilakukan oleh pihak sekolah dan PIBG untuk mendapatkan kehadiran dari ibu bapa ini demi anak-anak mereka?