Kuala Woh Hot Spring

Turun dari Cameron Highlands, sempat lagi menyinggah di Kolam Air Panas Semulajadi, Kuala Woh. Perkara yang tak di plan, memang menjadi teruslah, kalau yang plan memang tak jadi. Dari nak sampai awal KL, alih-alih lewat petang juga sampainya. ‘lorat mano nyo, nak kelik ghumah jah’. Big bos yang pandu, kita follow jea.

 

 

Kuala Woh Hot Springs, Tapah Perak.

Tak tahu pun kat sini ada tempat menarik untuk camping dan mandi air sejuk. Di tengah-tengah tu, memang airnya sejuk. Tapi di celah-celah batu kena hati-hati, kat situ ada air panas. Khabarnya, ada gunung berapi tersembunyi, itu yang panas semulajadi.

 

 

Kakak dan abang meronta nak mandi..nak mandi… Aku cakap basah kaki jer…tak payahlah nak mandi.. kain baju tak bawa.. biarpun kain baju sebeg ada dalam kereta.

 

Yang kenit pun sama naik nak turun celup kaki dia… tahan pula sejuk budak Ayra ni.

 

Menggelepur nak turun dari riba haih.

Tak payah dilarang, tak makan samanlah kakak dan abangnya..berendamlah dua beradik ni.

Celah-celah batu memang panas sangat air. Boleh melecurlah kulit kalau terjatuh dalam air bertakung situ, risau budak-budak je, takut terus turun. tak ada pula sign board kata kat sini air panas. bahayalah untuk anak-anak.

Kemudahan asas pun ada, yang penting tandas ada. Nak berkhemah pun boleh. Boleh hubungi Pejabat Hutan Daerah. Sesekali bermalam dalam khemah best apa…


Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan,
35000 Tapah, Perak
Tel. : 605-4011 216
Faks : 605-4015 331

About emarieys

Ema has written 1193 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

7 Comments

  1. Adik tengok kakak dan abang mestilah nak ikut sama
    Apa lagi air dah depan mata mana boleh duduk riba aje kan dik:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge