House of Kambing MAEPS Ecofarm, Kambing Bakar Terbaik

Engkau makan kambing, engkau beruntung. Engkau tak makan kambing, engkau rugi. Macam itulah penangannya selepas pergi ke House of Kambing di MAEPS Ecofarm. Beruntungnya Mr. Ery, dia makan kambing..yang ruginya aku sendiri sebab tak makan kambing.

Ikut Nombor Giliran

Ini kali kedua datang sini, tapi kali pertama dapat makan. Masa aku pergi yang pertama, tiada rezeki makan kambing sebab dah habis. Maklumlah, aku pergi pun jam 4.00 petang. Dah lewat. Kali ini, risau cepat habis, pergi awal jam 12.00 tengahari. Itupun tak boleh terus masuk, kena ikut giliran. Nanti ada orang yang ambil nama, bilangan dan nombor handphone. Bila dah sampai giliran, mereka akan call bagitahu. Tak lama pun tunggu, dalam setengah jam.

Sambil menunggu giliran, bolehlah layan unta dan kambing depan restoran House of Kambing. Bagi makan sama itu unta dan kambing dari kebosanan menunggu saja kan. Tak pasal-pasal sebelum dapat makan dah kena pow dengan anak-anak nak aiskrim. Pandai betul orang aiskrim ni berniaga.

Menu Kambing

Menu utama memang kambinglah. Ada kambing bakar, ada sup kambing. Lain-lain menu ada nasi kukus ayam bakar, nasi goreng, mee, kuew tiaw, bihun dan maggi goreng. Disebabkan aku datang awal, yang goreng belum ada. hanya ada nasi kukus ayam bakar. Menu untuk orang yang tak makan kambing macam aku dan anak-anak.

Ambil set nasi kukus kambing bakar RM40 untuk 500gram. Anak-anak ambil set nasi kukus dengan ayam bakar RM7. Untuk kambing okey puas hati, tapi untuk ayam macam sedikit sangat isinya. Maaflah.

Kambing bakar memang sedap. Mr. Ery yang habiskan semua. Aku ada juga try seketul daging kambing tu..tidak rasa hamis pun..tapi itulah, aku tetap jenis yang tak makannya. Payah sungguh.

Yang datang ramai-ramai ini walk-in saja tau. Tak ada booking pun sebab mereka tak buka lagi untuk tempahan. Kalau nak rasa, datanglah awal-awal.. atau call tanya dulu, masih ada lagi ke tak? Beroperasi setiap hari sabtu hingga khamis sahaja. Jumaat cuti dari 11.00 am – 9.00 pm atau sehingga stok ada. Dah ramai macam ini, rasanya belum malam dah habis ni.

 

 

 

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1139 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
2 Shares
News Reporter
Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

5 thoughts on “House of Kambing MAEPS Ecofarm, Kambing Bakar Terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge