Hotel bertaraf 5 bintang di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Pergi mana-mana hotel, mesti nak cari yang bilik tidur selesa baru sedap tidur dan ada kolam renang untuk anak-anak mandi. Kalau dah hotelnya bintang bertaraf 5, mestilah hebat di mata dan hebat dihati.
Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur.
Masuk bilik terus nampak dua katil. besar pulak tu. katil untuk seorang muat pula tidur dua orang. anak-anak melompat sakan atas katil tu. tilamnya pun alahai sedaplah baring. terus kemalasan nak bangun.
Tempat simpan beg pun ada..bilik berasingan. tidaklah semak mata nampak kain baju kita kat luar.
Bilik mandi pun luas gile..bilik termenung pun selesa..ada tab sekali..malas-malas nak mandi kolam renang.anak-anak berendam dalam tab mandi saja.
Dapat pula tingkat tinggi dan view KL Tower memang syok sangatlah. Bila malam seronok tengok KL Tower yang bertukar warna.
Anak-anak beria ajak turun bawah nak mandi kolam. mamaema yang kemalasan nak turun paksakan diri ikut kehendak anak-anak ni.
Dah dapat mandi bukan main seronok lah deme semua. Ayra saja yang teman mamaema kat darat ni sambil gigit buah epal masam.
Next week mamaema outsation lagi, kali ini ke Batu Pahat. Hurmm, Batu Pahat. Ada something kat sana buatkan mamaema nak cari ‘orang tu’ kat KFC…khabarnya kerja di sana.. tapi tak tahulah masih bekerja sana atau tidak.entah-entah dah lari ke gua atau hutan..bila terkenang kes penipuan tahun lepas..isshh, geram sungguh. moga orang tu pun dah insaf lah.
Bestnya Hotel Sheraton Imperial ni… 5 star ler katakan… 😉
Anuar recently posted…Rezeki hari Jumaat….
Saja-saja tidur kat hotel di Kuala Lumpur ke apa ni, Ema? Sesekali berubah angin tidur kat hotel lima bintang pun best juga ya. Nak buat juga nih!
Oh, saya ingat lagi kes yang Ema ceritakan dalam blog tu. Manalah tahu kotnya dapat ‘tangkap’ si dia tu!
Tapi dah terlanjur ke daerah saya tu, apa kata enjoy makan-makan ajelah Ema. Jangan lupa makan beriani di Beriani Power yerk ^_^
cantik juga tempatnya
raihanah recently posted…Detox Bantu Rawatan Psoriasis Dengan Berkesan
memang cantik sangat hotel ni ema, berapa rate semalam ni? ada rezeki bolehla check in nanti
ajumohit recently posted…Kebun sayur mini saya
bw lunch kat sini
Untung la kan review hotel…kalau SA dpt untung betul
kan, selalu boleh tido hotel. best
raihanah recently posted…Putih Kulit Sopak Kini Mula Memerah Semula
Memang 5 star ni. Fuh. Sekali sekala syok la. Anak2 yg seronok skali.
best tido kat hotel. anak2 lagi seronok kalau hotel ada kolam