salam

selepas kepenatan meninggalkan tapak kasut ke strawberry farm
barulah kami mencari-cari tempat hendak tidur
penat rasanya…..

tapi pelik, kenapa orang tak ramai
time-time cuti macam ni…
agaknya kaum cina sibuk nak sambut raya
lagipun masa saya pergi tu cuti wilayah
so hanya untuk orang yang duduk kat wilayah saja seronok bercuti dan sambung cuti…

seronok juga kalau orang tak ramai
tak adalah sangkut jem…
tempat untuk tidur pun boleh pilih-pilih tau…

first, sebelum saya nak sampai sini
saya dah buat panggilan kat hotel rainbow..
bertanya pasal rate untuk satu malam dan mahu booked teruslah kan..
tapi reception pun cakap..tak payah booked pun tak apa..coz bilik memang banyak kosong…

bila dah diorang cakap banyak kosong
kami pun legalah
bolehlah kami tengok-tengok hotel yang lainkan..

tengok secara live barulah tahu keadaan yang sebetulnya
tapi bila tengok kat internet ni… kebanyakkannya jauh paras dari rupa….

selepas keluar simpang strawberry farm tu
kami nampak sebuah hotel terpampang rate yang murah (nak murah saja)
pastu, kami tanya reception ada bilik lagi tak….
memang banyak bilik kosong…
siap, boleh tengok dulu biliknya…

bila tengok bilik itu kan….
kami terusssssss…..

tak jadi…
hantar balik kuncinya…
erm..bagi pandangan kami
tak sedap mata memandang…
hehehehe…..
biarpun hotel itu berdekatan dengan tapak pasar malam….

pusing punya pusing…
akhirnya kami pilih Hotel Country Lodge untuk bermalam
ratenya pun agak murah juga… RM 98.00 saja….
hotelnya kat atas bukit…

wah..
dah nak raya cina..
mesti banyak tanglung digantung

ini bahagian depan hotel
tempat untuk check-in

view from balkoni..

bilik kami 102B
kami pilih bilik satu aras dengan jalan..
senang, tak susah-susah nak naik tangga….

berminat..
bolehlah contact nombor telefonnya

kena paksa rela si adik tidur
barulah seronok nak sambung berjalan….

best saja..si kakak landing atas katil erkh…

oitt…mr. ery pun landing sama
kesian….
kepenatan bawa kereta sorang-sorang

hah, pergi tidur dulu..

okeylah ada juga rancangan astro ria
star movie pun ada..
tapi tak banyak pilihanlah..

amboi…kot yea pun nak tidur…
bukalah dulu cermin mata tu

adik dah tidur
tapi kakak tak tidur-tidur…
saja dia kacau adiknya suruh bangun
tak sabar-sabar nak jalan lagi…..

dan akhirnya
bermalamlah kami sekeluarga kat sana
yang pasti hotel-hotel kat cameron highlands ni tak akan dipasang aircond
kerana aircond semulajadi dah ada… dan sejuk sangat….

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *