Port Dickson salah satu destinasi pilihan ramai untuk pergi bercuti.  Penginapan pun memang banyak terutama hotel, resort, chalet atau apartment. Tapi kalau keluarga besar lebih selesa jika memilih penginapan homestay.

homestay port dickson

Homestay Port Dickson.

Stesyen Penyelidikan Sains Marin, UPM, Port Dickson ini ada menyediakan homestay / rumah untuk bermalam.  Keutamaan semestinya akan diberi kepada orang yang ada kaitan dengan UPM, tetapi orang luar pun boleh juga nak sewa rumah penginapan mereka.  Kawasan pun luas, nak lepaskan anak-anak di luar pun tak risau.

UPM Marin

Satu rumah untuk dua tiga keluarga memang sesuai. Ada 3 bilik tidur, 2 bilik mandi, dapur dan ruang tamu. Hanya satu bilik tidur yang terus ada bilik mandi.

Bilik Kedua

Bilik utama memang luas sangat..memang selesa. Tak cukup atas katil tidur bawah, cuma pandai-pandailah kena bawa sendiri selimut toto dari rumah.

master bedroom

ruang tamuNak masak pun senang hati. Ruang dapur yang luas.

ruang dapurStesyen Penyelidikan Sains Marin, UPM, Port Dickson

Tel : 06-6621416

Cuti sekolah dah seminggu lebih,  tak ada plan nak bercuti mana-mana. Sekarang memang agak sibuk. Kesian anak-anak aku, mamanya tak dapat nak cuti. terpaksalah kakak ikut tokma balik kampung sejak hari pertama cuti sekolah mula. bukan main seronok lagi dia di sana.  Cuma Aqeel sajalah kena tinggal di rumah pengasuh.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

39 Replies to “Homestay Port Dickson”

    1. puas hati..boleh try call nombor yang saya letak tu…saya sendiri pun tak pasti nombor tu ke yang perlu untuk bertanya..nombornya saya dapat pun dari laman web mereka.
      emarieys recently posted…Aku Rindu KakakMy Profile

  1. amboi cantik kaki dan kasut bersantai hehehehhehehehe
    kalau pi bercuti reramai homestay la paling bagus, murah, ekonomik dan meriah bila berkumpul
    kita yang kat kl ni mmg PD tu la pilihan yang paling mudah utk pi
    cuti2 sekolah ni anak2 penuh aktiviti kat nursery
    esok plak company wat family day, ahhhh senang cover dah cuti hehehehehehhe
    ellynadyra recently posted…teka teki teka tekuk 26/06/2014 – jawapan!My Profile

  2. port dickson ni memang sesuai untuk aktiviti kekeluargaan kan…banyak homestay utk dipilih. apartment pun…salam kenal dari saya, kausar 🙂

  3. cantik homestay memang tak rugi kalau datang lagi, Pengalaman saya harap dalam web sahaja cantik, tapi bila sampai homestay lain jadinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *