Homestay Haszlena
Sebelum nak mula ke mana kaki melangkah sepanjang berada di Langkawi. Mari, Ema kongsikan tempat penginapan sepanjang berada di sana. . Tahun 2008 dan 2011 dan kali ini tahun ketiga datang ke sini. cuma Mr.Ery dan anak-anak belum pernah sampai lagi. Sebelum ini ema stay di Hotel Bayview, Kuah, Langkawi. itupun atas sebab urusan kerja.Kali ini ema pilih homestay saja memandangkan kami datang dua keluarga. lagipun homestay lebih selesa dari hotel jika ahli bilangannya ramai.
Ema pilih homestay ini setelah survey di internet dan baca pengalaman-pengalaman mereka yang pernah tinggal di homestay ini. terus ema call dan booked untuk 4H 3M. Bila harinya dah tiba, ema call my mom bertanya pasal homestay ini memandangkan my mom yang sampai dulu dan ema malam baru sampai…yealah, risau juga kalau tersalah pilih homestay yang tidak selesa biarpun hanya untuk bermalam.“macam mana homestay tu, ma” . my mom cakap “selesa sangat long, kalah rumah ma”
View hadapan homestay
Kemudahan-kemudahan yang disediakan..tv beserta siaran astro
Keselesaan memang terjamin…datang dua tiga empat keluarga pun masih selesa
Peti Ais, Mesin Basuh (sempat juga membasuh), Buaian, segala Alatan Memasak
Boleh memasak dengan suka hati…ada tersedia gula dan teh uncang masa ema stay…lebihan orang yang sewa sebelum ini
Dan my mom pun tinggalkan barang…beras lagi.
Bilik ke-2….ada aircond malah sejadah dan telekung pun disediakan.
Bilik ke-3 pun besar…cuma aircond tak ada..Master Bedroom tak sempat nak ambil gambar..tapi katil lagi besar
View dari luar rumah
Ema booked Rumah Dahlia..selang beberapa rumah ini juga kepunyaan tuan yang sama…malah di pekan Kuah pun ada.
Selepas ema keluar, ada orang lain yang akan masuk…fully booked sehingga Raya Cina..
Malah orang cina pun bertanyakannya..tapi ia hanya untuk muslim sahaja.
Alhamdulillah…
Terima kasih kak Ena kerana menyediakan tempat penginapan yang agak selesa untuk kami sekeluarga.
Jika u all ada plan nak bercuti di Langkawi dan inginkan homestay yang selesa seperti ini.
Bolehlahkan call dan booked di SINI
Hari ini KL cuti tau