Nak mohon home quarantine pergi ke website
Alhamdulillah, kerajaan Malaysia dah benarkan home quarantine. Nak apply kena 10 hari sebelum tarikh sampai di Malaysia, bukan kira tarikh kita bertolak. Kalau tidak, bahagian tarikh tu tak ada fungsi pun.
Jimat banyak dapat kuarantin dirumah dari hotel. Untuk Ema sekeluarga ni mahu 2 bilik hotel kena ambil. Duit tu boleh buat belanja lain lah.
Macam mana lulus cepat? Tak ada pakai kabel-kabel pun. Semua ini pakai sistem. Janji, sertakan dokumen yang lengkap. Rezeki juga lulus dengan cepat.
Ema sertakan salinan passport, salinan vaksinasi, mySejahtera (fully vaccinated), gambar lokasi rumah, bil elektrik/bil air. Boleh juga sertakan salinan tiket.
Lengkaplah maklumat itu dengan jujur yea. Kalau dalam rumah tu ada orang dah berumur, maklumkan. Jangan pula kata tak ada. Kalau dalam rumah ada budak pun isilah dengan maklumat yang benar.
Paling PENTING, pastikan permohonan menggunakan emel yang AKTIF. Nanti akan terima emel pemakluman proses dan sila simpan HQA Ref No dan Passcode yang diberi itu untuk buat semakan.
Oh yea, jika tunda tarikh penerbangan tapi dah lulus home quarantine, tidak perlu pun mohon lagi sekali. Surat kelulusan ini pun laku sehingga 1 bulan.
Rumah Jauh Dari Jiran
Rumah kuarantin yang memang sesuai. Jauh dari jiran tetangga mungkin salah satu sebab dapat kelulusan segera.
Kebetulan rumah tengah kosong sebab student pun tak ada. First time bermalam kat rumah ini sebenarnya. Lihat macam amankan…tapi….
7 hari nak habiskan masa rasa azab juga, rumah tengah bendang nampak sejuk tapi malam, bahang panas baru terasa. Jam 1.00 pagi masing-masing melepak di tangga.
Bila sendiri rasa panasnya cuaca, sebelum balik sempatlah pasangkan turbin ventilator.
Selesa student yang nak sewa. Gituuu…
Pishang jugak kalau lama2 kuarantin kat hotel…