Dunia abah kini gelap. Allahuakbar.

Dari terang..kabur..dan kini terus gelap.

Abah hilang penglihatan tanpa sempat tengok anak cucu yang baru sampai dari Afrika.

Ya Allah, panjangkan umur abahku, Johari Bin Mat.

Rabbighfir lī wa li wālidayya warham humā kamā rabbayānī shaghīrā. Artinya, “Tuhanku, ampunilah dosaku dan (dosa) kedua orang tuaku. Sayangilah keduanya sebagaimana keduanya menyayangiku di waktu aku kecil.”

Terima berita mengejut ini, masa aku dalam tempoh kuarantin di Malaysia.

Ya, dah sampai di Malaysia..tapi ketentuan Illahi tak sempat abah tengok anak cucu dia dari jauh ini.

Menangis….

Punca Hilang Penglihatan

Ramai yang tanya Abah ada kencing manis ke?

Ada yang menyatakan kencing manis boleh jadi punca.

Abah tiada kencing manis..Abah hanya ada darah tinggi sahaja.

Sangat tinggi..dari zaman muda lagi Abah ada darah tinggi.

Tapi tidak pernah pergi hospital…hanya makan ubat kampung. Abah lebih rela tahan diri sendiri.

Abah seorang yang rajin dan kuat bekerja.

Bekerja sendiri dengan membaiki mesin jahit demi sesuap nasi untuk anak-anaknya.

Abah juga pernah kena stroke..sebelah badan lumpuh.

Tak lama, abah mula boleh bangun kembali..cuma percakapan sahaja tak jelas.

Kesan stroke…mulut sedikit herot

Abah dah boleh bawa motosikal…Abah juga boleh ulang alik ke masjid.

Alhamdulillah…

Hari Abah hantar kami sekeluarga di airport…Abah sangat sihat.

Tak lama, khabar berita dari adik…mata Abah kabur sebelah.. Abah bagitahu dia nampak kelabu sahaja.

Adik bawa ke hospital…doktor cakap punca saraf mata kesan dari stroke sebelum ini.

Abah dinasihatkan untuk jaga kesihatan dan mata sebelah lagi kena jaga elok.

Abah tak boleh stress.

Namun…

Berlaku juga akhirnya…punca stress..punca darah tinggi..punca saraf…hilang kedua-dua belah mata.

Bayangkan dunia Abah yang dulu cerah, kini gelap gelita.

Bayangkan dari mata boleh nampak..kini tak nampak apa-apa.

Allahuakbar…besar sungguh dugaan abah.

Belum pun 2 tahun aku di Afrika, Abah dah hadap dugaan macam ini.

Setiap kali aku call, first yang aku dengar Abah menangis.

Setiap kali tanya khabar, abah menangis

Setiap kali diucapnya…”sempat ke dengan Along” “abah minta maaf”

Abah tak ada dosa dengan Along….Along yang patut minta maaf dengan Abah.

Dengan keadaan Abah macam ini, Abah nak pergi Kluang..rumah adik-adik Abah.

Padahal adik-adik Abah pun dah datang Kelantan tengok Abah.

Itu keinginan Abah, tak mampu nak sekat.

Abah pergi di Kluang…hingga ke hari ini Abah masih di sana.

Syukur Abah dijaga sebaik-baiknya… makan minum terjaga.

Banyak-banyak terima kasih kepada keluarga di Kluang.

Bawa pergi berubat.

Bawa potong rambut.

Bawa jalan-jalan.

Moga Abah sihat…panjang umur..

Tunggu Along balik yer Abah…..

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

One Reply to “Tak Sempat Tengok Anak Cucu Balik Dari Afrika, Abah Hilang Penglihatan Kedua Belah Mata”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *