Conakry aku datang!!! Assalamualaikum
Bounjour – Hello.
Merci – TQ
2 perkataan pertama yang aku belajar selepas jejak kaki di Negara Guinea di Benua Afrika. Dari mana aku nak mulakan ni?
Ya, aku kini berada di negara Guinea. Dihantar oleh HQ selama 3 tahun. Aku terima dengan bersyukur. Ini adalah peluang untuk aku mengenal negara orang.
Bila aku sebut Guinea, ramai yang sangkakan Papua New Guinea sempadan Indo-Australia.. oh, bukan. Aku di benua Afrika.. jauh dari Malaysia.
Ikutkan, dalam perjawatan yang sama..akulah yang paling jauh…yang lain banyak di negara-negara ASEAN.
Sentiasa Positif
Bila dapat tahu keputusan bidding nama aku ada di Conakry. Reaksi pertama aku TERKEJUT. Conakry? Kat mana tu? Pegawai tunjukkan peta dunia di mana letaknya Conakry.. Fuhh, memang jauh.. mengelilingi bumi.
Sedangkan dalam list bidding, Conakry tiada dalam senarai pun.
Aku ganti tempat mereka yang tolak.
POSITIF, EMA!! POSITIF.
Persiapan pertama, aku kena hadir kursus selama 3 minggu. Aku kena jumpa pegawai-pegawai kementerian untuk dengar sedikit taklimat dan tandatangan.
Dalam pada aku berkursus dan jumpa pegawai-pegawai kementerian..macam-macam aku dengar pasal negara yang aku nak pergi…sampaikan ada satu tahap aku hampir ke arah negatif. Aku berbelah bahagi nak pergi dengan tidak. Guinea adalah satu penempatan hardship.
Aku berhubung dengan pegawai-pegawai yang dah ada kat sini.. mereka pun terkejut HQ nak hantar aku.. dahlah perempuan berkeluarga…ada anak kecil lagi.
Aku terima seadanya…jika aku tolak, belum tentu ada peluang lagi untuk aku posting.
Orang lain boleh, aku pun mesti boleh..itu yang selalu aku terap dalam fikiran.
Kedua, persiapan bekalan makanan dan ubatan selama 3 tahun. Mana mahu cari makanan kering yang expired date cecah 3 tahun? Paling lama pun 2 tahun..redah.
Bekalan makanan paling banyak dalam kontena yang akan sampai sebulan lebih. Kenapa makanan? Sini tak ada kedai mamak, tak ada kedai melayu..dan tiada makanan dijual sepertimana di Malaysia.
Perubatan di sini juga sangat terhad.
Baca: Suntikan Vaksin Yellow Fever Sebelum Ke Negara Yang Berisiko
Republic of Guinea (Conakry)
DAY 1 – Berair mata di KLIA..suasana yang paling sedih..Hati kena kuat… Terbang jam 2.30 pagi (Jumaat)..sampai Conakry jam 1.30 tengahari (Jumaat). Nampak perjalanan pendek…Tapi hampir 1 hari perjalanan. KL-Dubai (transit 3jam-berpeluh ketiak kejar terminal)-Dubai-Conakry. Perbezaan waktu 8 jam ke belakang dari Malaysia.
CRIED 🙁
13 bagasi bersama (10 kargo..3 handcarry). Plan bawa 2 bagasi handcarry tapi melebihi berat total 160kg untuk kargo. Nasib baik transit Dubai tak perlu checkout bagasi…terus connection ke perut kapal lain. Fuhh, kepuasan dalam flight Dubai-Conakry. Lamanya…..Alhamdulillah kedua-dua perjalanan sangat smooth.
Aku disambut oleh KC iaitu pegawai yang aku akan kerja dibawah seliaannya. Belum ada rumah, stay di hotel untuk 3 hari…sedikit lega sebab aku ada masa 2 hari untuk rehat dan jetlag.
This is Guinea
Rumahnya…Rakyatnya…Persekitarannya…Transportation nya….Pembangunannya….
Yes EMA…New Challenging…New Environment..New Experience…New People..New Culture..
DON’T JUDGE BOOK BY ITS COVER .
Berkulit gelap. Tapi sangat friendly.. sangat helpful.
Yang jahat atau yang baik bukan tengok pada kulit.
French accent (loghat)..tak faham English..walaupun aku sendiri cakap English ikut kamus dan berterabur.
Selisih dengan stranger pun tetap say Bonjour (hello).
Cuaca seperti Malaysia bezanya 6 bulan panas..6 bulan hujan.
Sepatutnya dah musim hujan..perubahan monsun mungkin… hujan sekejap-sekejap jer.
Imperial Market untuk cari daging halal
China gate untuk cari sayur (rakyat negara china yang berniaga)
Fish market cari ikan segar. Baru hari ini pergi beli ikan dan ketam..bertabahlah sebab mereka follow.

Bila google, bobo market paling femes…tapi tak ada banyak benda dijual tapi sini harga lebih murah.
Buah mangga paling manis pernah makan..
NO SHOPPING MALL!!!
Jimat duit…hehehehe. market pun ala-ala speedmart jer.
Convert duit Malaysia…fuhh, harga terus mahal… tukar USD ke matawang Guinea terus jadi jutawan.
Masih blur dengan nilaian duit mereka…nilai besar-besar. 20,000GNF..10,000GNF.. duit koyak pun laku.
PATAH KAKI TAK ADA KERETA
Kena cari kereta untuk bergerak. Bas macam tak ada, tak pernah nampak lagi. Naik teksi tak disyorkan.
Beli motor? agak bahaya.
Kereta, left drive..agak kekok nak mula.
Sepanjang atas jalan, tak pernah miss bunyi hon.
2nd hand car pun cecah ribu USD.
Sekolah Aqeel agak jauh.
Aqeel belum start sekolah..bulan 8 baru mula. dah survey lokasi sekolah dari tempat kerja dan area rumah.
Fuhh, boleh tahan traffik nya.
Nak try usha satu sekolah..International Modern. Dekat…but not sure silibus ikut international school lain ke tidak?
Belum dapat jumpa director sekolah tu.
Harap sekolah tu sesuai dengan Aqeel. Tolong doakan kawan-kawan.
Hurmm, apa lagi yer.
Kat opis ada pokok kari, pokok pandan dan serai…hasil dari orang sebelum-sebelum ini tanam.. Alhamdullliah. berganda rezekinya.
Masak pakai air mineral.
Setiap hari berlaku on off letrik…on ginset.
Dah pakai nombor hp Guinea. Daftar dengan Orange.
Rakyat Malaysia cuma ada 10 orang termasuk aku 4 beranak.
Line internet ada, itu yang penting..walaupun line agak slow.
Apapun Guinea dalam proses untuk pembangunan..
Tempat HARDSHIP, tapi syukur sangat sebab pegawai-pegawai kat sini sangat baik especially KC dan isteri…layan macam family.

2 minggu ini, dah berapa kali dijemput dan diberi makanan Malaysia.
Semoga aku kuat hadapi hari-hari berlalu…selama 3 tahun di sini.
Husband and anak² ikut ke Ema?
Mas doakan moga semuanya baik² di sana selama 3 tahun, enjoy yer!
Good luck Ema. Moga dipermudahkan segala urusan untuk Ema & keluarga sepanjang disana.
Mama Kembar Tiga recently posted…Perlu Ke Double Cleansing Untuk Bersihkan Kulit Wajah?
Macam best je dapat posting jauh2… Dapat tengok tempat orang…
Cabaran hebat dirasakan…ema bagus sahut cabaran bekerja di luar negara… bagus kongsi dgn kami…sekurang2nya kami tau disana bagaimana.
Semoga terus maju jaya kak ema. Kak ema kuat. InsyaAllah.
Kali ni baca entri ema smapai di hati.. best !
Azni recently posted…Kalut cari Surya S Great Grain bijirin untuk bantu kurangkan berat badan
Gud luck ema disana..semoga dipermudahkan urusan
Good luck ema disana
Jgn sedih2
tahniah ema sebab berani sahut cabaran. salute you!! semoga allah permudahkan urusan ema, suami dan anak2 di sana. nanti ada masa update blog ya,suka baca pengalaman ema. insha allah Allah jaga kakak di sini. love u ema!!
ajumohit recently posted…14 tahun berlalu, rindu pada arwah ayah
kita nak sangat kerja kat luar negara, sbb dulu smbg bljr xda rezeki g luar negara.
rezeki kak Ema duk sana dgn family. tggl yg sulung kt asrama ye kak?
Semoga dipermudahkan segala urusan disana dan dpt berkhidmat dgn baik.
Teruskan share cerita kat sana. seronok baca.
Hafiz Rahim recently posted…Best Ke Melancong Ke Western Australia?
good luck di negara orang. Insya Allah dipermudahkan. 3 tahun tak lama. pejam celik pejam celik. yang penting pengalaman berharga. bukan semua dapat peluang sebegini.
Saya suka baca pengalaman kerja orang lain tak kira dalam atau luar negara.
Jangan lupa update blog pengalaman selagi masih ada di conarky.
Kerja sendiri recently posted…Mahalnya Dekoder Astro
Semoga selamat kak.br tau akak dah p sana. Selamat berjuang eh. Doakan dkna pun dpt posting gak satu hari nanti
Terima kasih DKNA…InshaAllah DKNA pun akan berpeluang posting nanti..
terbaik lah emma.. respek sbb sanggup terima cabaran.. positif jer ok..!
Sayu baca entry. Be strong Ema dan moga happy dinegara orang.. Teruskan update.. nak tau jugak Conakry tu camana..
Wahhh… Sy baru tahu kak ema kena posting sana..